Wednesday, September 28, 2011

Kanak2 berselera aneh2

Di Terry Haute, Indiana, Amerika Syarikat, terdapat seorang kanak-kanak yang mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut. Nama kanak-kanak tersebut ialah Natalie Hayhurst berusia tiga tahun.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan. Nama penyakit tersebut ialah Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.

Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat. Seleranya yang begitu teruk itu pernah menyebabkan dia hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.

Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati. Katanya: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.”

No comments:

Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...