Thursday, November 24, 2011

Konspirasi Upin & Ipin yg Palsu dan Menyesatkan


Semakin hari semakin berleluasa aktiviti penyebaran fitnah yang dianggap konspirasi oleh sesetengah pihak membabitkan sesuatu hal yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.Daripada hal yang membabitkan isu keagamaan seperti Konspirasi Freemason untuk menguasai dunia sehinggalah ke topik hiburan yang membabitkan Anugerah Juara Lagu sekali.Konspirasi yang terbaru pulak membabitkan watak kartun kesayangan Malaysia iaitu watak kartun Upin dan Ipin yang dikatakan ada menyelitkan unsr-unsur yang menyokong Yahudi.Walaupun dari benak fikiran seorang manusia normal mengatakan bahawa semua ini adalah perkara dusta semata-mata,tetapi

percayalah akan ada manusia kudus yang akan percaya dengan konspirasi rekaan yang sememangnya dicipta buat manusia-manusia yang lemah untuk mempercayainya.Berikut merupakan petikan yang tersebar luas di ruangan laman sosial dan juga blog yang menfitnah Upin dan Ipin berserta sedikit ulasan berkenaan kenyataan tersebut.


**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN…***


***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***


Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”

Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud ” Aku suka Israel .”


Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.”U” bermaksud ” USA “”I” bermaksud ” Israel


Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.


LAGI SATU :


Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. ‘ i ‘ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘ Israel ‘ .4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.


1.Pemohonan maaf

Sememangnya satu tindakan yang bijak untuk memulakan perbicaraan dengan memohon maaf kepada semua peminat siri Upin dan Ipin disamping menyatakan yang hal ini masih didalam perhatian dan masih belum diketengahkan lagi.Adakah anda perasan yang anda sebenarnya sedang mengetengahkan cerita bohong ini .Yang pasti disebalik penulisan anda yang kelihatan agak bersopan santun dengan lagak agak baik,tersembul sifat kepura-puraan yang begitu menonjol didalam diri anda yang sememangnya berniat untuk menyebarkan fitnah .


2.Sebutan Uffin dan Ariffin

Sudah menjadi kebiasaan insan yang ingin memperbodoh-bodohkan orang untuk menulis maksud sesuatu perkataan yang dikira bahasa kuno atau dalam erti kata lain hampir pupus.Didalam kes ini,anda menggunakan bahasa Aramaic dan bahasa Syriac sebagai modal untuk berbicara bagi mengkotak katikkan pembaca.Adakah anda membuat kajian sebelum menulis?aku tidak dapat menafikan yang bahasa Aramaic merupakan bahasa yang menjadi pilihan masyarakat dikawasan asia barat (Termasuk kerajaan Mesophotamia) sekitar abad ke 12 sebelum masihi,namun persoalannya disini,wujudkah bahasa Syriac??


(Syriac tu bukan bahasa la sayang oii,Syriac tu dialek bagi bahasa Aramaic)


3.Huruf “U” dan “I” di baju Upin dan Ipin

Jika anda mentafsirkan yang “U” bermaksud USA dan “I” sebagai Israel,Aku pulak mentafsirkan “U” sebagai Uganda dan “I” sebagai India.Ada masalah?Ada perasaan tidak puas hati?


4.Agenda tersembunyi Upin dan Ipin

Dimanakah bahagian yang menunjukkan Upin dan Ipin ini mempunyai unsur-unsur agenda tersembunyi Yahudi sekaligus melemahkan/memesongkan akidah umat Islam.Adakah di tang gigi atau tang kukunya..Bagaimana pula pengajaran unsur-unsur Islamik yang diterapkan didalam cerita kartun ni.Pengajaran tentang doa makan,doa berbuka puasa,doa bersahur.Adakah itu unsur Yahudi??Kau ingat Upin dan Ipin ini keluaran MARVEL ke??

Pokemon,Doraemon,Digimon,dan Mamula Moon..TIMON——Terlupa ke??Ada unsur-unsur yahudi ni..

*Pokemon - Nama PIKACHU yg dlu nya dikatakan agenda yahudi,beb! nama PIKACHU tu nama jepun dan siri ini hak milik Jepun dan US sekadar membeli lesen utk diterbitkan dalam bahasa Inggeris disana,mana datang jepun berstongkol dgn yahudi pulak ni*


Setelah puas memberi penerangan mengenai konspirasi Upin dan Ipin dengan alasan yang agak lemah,kini tibalah pula masanya bagi beliau untuk menyasarkan gajet yang menjadi kegilaan masyarakat diluar sana iaitu iPhone 4G.Jengkel..


Kita selaku pembaca yang begitu terdedah dengan pelbagai sumber diinternet hendaklah bijak untuk memilih maklumat.Di ruangan siber yang begitu meluas ini,pelbagai pembohongan boleh dilakukan baik secara terang-terangan mahupun secara halus.Sebagai contohnya kes Anugerah juara lagudimana mereka yang taksub dengan konspirasi ini mendakwa kononnya acara tahunan tersebut mempunyai unsur illuminati dan Freemason..Begitu juga dengan kes Iklan TV3 yang telah ditarik balik.Padahal TV3 ini hanya bersifat kurang sensitiviti terhadap masyarakat kerana menyiarkan video seperti itu dihari perayaan Aidlilfiti.Itu sahaja.Sebaliknya mereka pula mereka cerita tentang itu la,tentang inilah sehingga mencipta satu huraian sendiri mengenai video tersebut.


Nota:Ada benda yang kita boleh baca sebagai pembacaan santai .Percaya jangan.

Monday, November 21, 2011

sukan sea - malaysia vs indon,siapa bakal menang?


assalamualaikum dan salam sejahtera semua.u guys tgk bola tak sekarang nih?
malaysia dan indonesia buat masa ni dah seri,tapi ketika entry ini ditaip la.hehe

agaknya siapa yg bakal menang malam ni??dari pengamatan aku,indonesia nampak gayanya mcm ada peluang yang tinggi jugak utk menang.yay!

apa-apa pun kita tunggu keputusan malam nih ea!..=)

Thursday, November 17, 2011

HOT! | Sejenak Bersama Yana Samsuddin *Coming Soon*


Assalamualaikum dan salam satu malaysia.Ehehe..bukan main lagi aku nak salam satu malaysia gitu.Topik entry kali ini berkenaan cerita latar belakang yana samsuddin.

Tapi u guys mesti rasa pelik awat macam sikit saja paragraph aku nih kan?kan?..ni nak habaq mai,sebab material tak siap lagi sepenuhnya.So please expect something from this entry.
Boleh kata ada video eksklusif,boleh kata ada gambar eksklusif...hehe...siapa tau..


So kita akan jumpa pada update akan datang dalam entry yang sama.Sebelum tu,utk tak menghampakan u guys yang dah terbukak.Enjoy video besday Yana dibawah ea..=)

Thursday, November 10, 2011

interbiu bersama marion caunter


assalamualaikum dan salam sejahtera.
seperti yang dijanjikan dahulu dimana aku akan buat entry bout marion caunter rite??
ok,hari ni aku akan postkan cerita mengenai beliau dan careernya.

tetapi bukanlah dalam bentuk artikel,cuma video sahaja yg dirakamkan di singapore.
so hope u guys enjoy with dis video ok!




Saturday, October 29, 2011

Kronologi Drama-Drama Jepun Aku

Assalamualaikum and Selamat Satu Malaysia pada semua.hehehe..sejak bila aku serupa RTM nih ?? Oke,entry kali ni serupa mcm entry hari tu, masih dalam KRONOLOGI series lagi ni.
By the way,kenal pic sapa diatas?..thats KAHO,i know she's an actress,cuma tak ingat drama apa berlakon.

Jom start kronologi kita untuk hari ni ea.tak panjang pun,pendek je kali nih.Tak larat nak buat panjang sebab nak tumpukan pada Nuffnang award punya entry.=)


Masa mula-mula aku berkecimpung dalam dunia drama jepun ni,drama diatas ni la menjadi santapan pertama aku."Beautiful Life" pertama kali disiarkan di NTV7 pada tahun 2000-2001 lakonan Takuya kimura dan Takako Tokiwa.

Kisah cinta yang tragis dimana watak yang dibawa oleh takako merupkan seorang yang kurang upaya menghidapi penyakit dimana beliau akan mati tidak lama lagi...tak silap aku la.HAHA..seyes dah lupa sinopsis cerita ni.Mandai2 aku saje..=p

Drama kedua pula yang aku tengok adalah "Otosan",kisah kekeluargaan dimana seorang ayah tunggal melalui liku2 kehidupan membesarkan anak-anak perempuannya.Macam2 kisah sebalik anak-anak perempuan beliau diceritakan didalam drama ini.Sangat sedih,tapi tak sesedih drama diatas.ehe..

*cover mukodono 2000*

This one unik skit dramanya,"mukodono" ni ditayangkan pada tahun 2000 juga,tapi aku tgk time tu dah tahun 2005 gitu.Yang menariknya dia ada satu lagi version pd tahun 2003 dengan tajuk "mukodono 2003",ala2 remake orang kata,but dengan sedikit perubahan kronologi cerita sedikit.

*Cover mukodono 2003*

Mengisahkan seorang superstar Sakuraba Yuichiro(tomoya nagase),yang menjadi kegilaan ramai dengan his coolnest.However,diri beliau yang sebenar tak seperti itu.Senang cerita,gaya2 nya itu hanya dibuat2 depan peminat,but actually his a geek,with big pants,sweater and ugly spectacles.hehe
Funny and sedih juga cerita ni.But fun to follow both of them.

*ni la rupa yang aku ceritakan tuh.hehe*


Lastly,Mr.brain!! mengisahkan seorang ahli neurologi yang mempunyai kepakaran menyelesaikan kes polis dengan gayanya sendiri lakonan takuya kimura dan Haruka Ayase.Siapa-siapa pernah tgk drama beliau HERO pasti minat siri ini.



Datuk Yusuf Haslam dan Henset Cabuknya

Datuk Yusof Haslam akhirnya telah ‘melanggar pantang’ apabila terpaksa menggunakan telefon bimbit selepas diminta oleh isterinya Datin Fatimah Ismail. Dalam masa yang sama ia dapat memudahkannya untuk menjalankan urusan perniagaan selain selepas ditegur oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang sukar menghubunginya.

Selama 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit membuatkan dirinya bebas dengan sebarang gangguan selepas waktu pejabat. Segala urusan penting katanya memadai dihubungi menerusi talian tetap di pejabat ataupun di rumah.

Bagaimanapun apabila terlalu banyak rungutan termasuklah daripada pihak media yang sukar mendapatkan beliau, akhir sekali isterinya menasihatinya supaya menggunakan kemudahan berkenaan.

“Isteri saya membelikan telefon Blackberry untuk saya guna tapi saya tak tahu. Akhirnya saya pakai telefon “cap ayam” cukuplah. Nombornya nampak besar dan senang nak buat panggilan.

Terus terang saya katakan apabila saya pakai telefon bimbit, hubungan saya dengan pihak media semakin rapat. Mereka senang nak cari saya. Malah isteri saya pun tak melarang saya lagi.

Tapi terus terang saya katakan, nombor telefon ini saya tidak akan berikan kepada artis terutamanya artis-artis wanita. Saya tak mahu kejadian lama berulang lagi,”

Yusof tidak menggunakan telefon bimbit selama ini selepas dia diganggu oleh pelakon wanita popular menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan telefon.Kejadian itu menimbulkan perselisihan faham di antara beliau dengan Fatimah sehinggalah beliau membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi telefon bimbit sebagai bukti kesetiaan dan cinta kepada isterinya.


ps: berprofile rendah juga Datuk ni yer. jarang dapat lihat orang kaya berprofile seperti ini, jangankan orang kaya, segelintir artis baru pon dah berlagak sangat. huhu. Baguslah, murah rezeki selepas ini, amin2.. Macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Sumber dari izyan.com.

[HOT] Kisah Panas Sari Yanti !


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Bukan main lagi kan tajuk entry kali ni?..HAHA..actually takde kisah bukan2 pun.But still hot jugak rite kisah dia nak bersalin nih,maklum la,anak pertama dlu tak dapat liputan media sgt.Entry kali ni mengenai Kak Sari yanti kita yang bakal melahirkan anak ke -2 tidak lama lagi...yeay! jadi pakciklah aku!

Kalau tak silap, supposedly bulan 11 ni la dia bakal melahirkan anak.I'm not sure but ade terdengar ura2 dari unit2 blogger yang mengatakan begitu.most of all pun,Selamat melahirkan anak ke-2 dan sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya after dis.Insyallah ^__^


*gambar terlatest dari oh bulan ! *

*First punya anak nyer pic.compare dgn perut sekarang.*


Sumber dari oh bulan dan google search. =) kang tak cited dikira curik pulak..=p

Monday, October 24, 2011

Cikgu Shida & Paku dan Belacan


Tertanya2 kah anda siapa mereka berdua ni?jika anda kaki youtube,sudah semestinya mereka
ini anda kenal kerana dua orang mat salleh ini sangat popular di negara kita.

jangan terkejut pulak kalau dengar video mereka berbahasa melayu,itu bukan alih bahasa
okeh! mereka memang fasih berbahasa melayu.

Apa yang aku nak share kat entry kali ini mungkin dah lapuk,tapi aku baru je tgk temubual
mereka dan juga cikgu shida ( siapa dia nih?? pi google...hehe) bersama Faizal Ismail (FBI).

So check it out video di bawah ni dan enjoy.and btw,klik2 la ye iklan di blog ni.Nak aku buat
jugak?sila tinggalkan link blog anda di komen entry...thank you..=)

Sunday, October 23, 2011

Free HVGA and some Paid HD Games For Android


Okay,This entry was dedicated for those who click my link from my youtube video.I'll keep updating all the new games for HVGA android phone.But please be AWARE that some of the games maybe can be play on High-end HVGA screen only e.g Xperia Mini/Pro(SK17i).

But if you guys do have any question or request,please do leave a comment and your email here =)
currently I been working out for uploading Madden NFL 2k12..For footballers fan!! keep visiting !!

Download links :

NOTE: All gameloft games sd data will be put in gameloft folder in your sd card root.Meanwhile games from ea will be put in Android>data folder.Please ask me and sorry for my bad grammar here.=p

Games that was upload on 23/10/2011 - please take note after this date,it will expired a months ,and do tell me here if i forgot to reupload back =)

Asphalt 5 : http://www.filesonic.com/file/2702173131

Dungeon hunter : http://www.filesonic.com/file/2702173171

NFS Shift : http://www.filesonic.com/file/2702173181

Gangster : http://www.filesonic.com/file/2702173161

The Sims 3 : http://www.filesonic.com/file/2702173151

battlefield 2 :
http://filetram.com/download/mediafire/8846459370/battlefield-bc-2-cracked-nops-apk-div
Do click on my Nuffnang Ads on the sidebar as a little contribution.=)

Saturday, October 22, 2011

Lagak Posing Jurugambar Amateur

Assalamualaikum and a very good evening.Memandangkan hari minggu adalah hari yang santai,
So entry aku pun agak santai juga.Enjoy pic posing2 jurugambar amateur yang aneh2 ini.=p

*Amboih..bukan main lg..woot woot.haha*

*Adeh...jgn la perut aku serupa nih..muehehe*

*Stail...posing ala kung fu...wachaaa! *

*Aih,suar koyak tu bang*


SUMBER : kakiheboh.com.sila lawat blog mereka untuk lebih lagi pic2 aneh macam ni.siap ada part2 lagi.=D

Thursday, October 20, 2011

Apakah bertudung sebegini dibenarkan? haish!


Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

TAPI CUBA BACA PULA YG INI:

TUDUNG YANG DIPINKAN KE BELAKANG; MENYAMAI BIARAWATI KRISTIAN?

Soalan; Salam ust, Saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian.Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan.Harap ust dapat memberikan penjelasan.

Jawapan;

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah;

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu” (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).

Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).

Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.

Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka ditempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; "Harus". Dikatakan kepadanya; "Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)". Imam Malik menjawab; "Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai". Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....). Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.

Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
1. Berkata Imam al-Qurthubi; "Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya" (Faidhul-Qadier, 6/104).
2. "Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama" (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
3. "Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka" (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
4. "Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuati yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain" (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).

Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 182.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....
2. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 69789.

Nota hujung;

[1] Burnus; tutup/tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (lihat; Kamus al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.
[2] Cepiau; Syeikh Idris al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus al-Marbawi) menyebutkan; ia haram dipakai.

Pinjam dari USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 11:18 PM

Wednesday, October 19, 2011

Soya Baik,siapa kata ??

*Palsu...soya bean sentiasa digembar gembur berkhasiat..demmm!*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera lagi sekali,lagi skali aku mengepostkan sesuatu yang berinformative untuk kita,terutamanya for those yg muslim....beware with kacang soya.kenapa?sila terus membaca artikel ini sehingga habis.Sumber maklumat yang diubah suai ini hasil karya asal Ustaz Hashim Al-Maranji.

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.

Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.

Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.

Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Punca Kenapa Tidak Ada Yang Menolong Budak Umur 2 Tahun Di Langgar Di China

Aku sebenarnya sangat ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak membantu budak yg b'umur 2 tahun dilanggar di China tu. So, aku pun tryla cari culture & what they have practice in China. Rata2 semua orang cakap pasal those in china sgt kejam. Then I have found 1 articel about this from http://anneraini.blogspot.com . So, semoga kamu semua boleh baca dan tahu keadaan sebenar di China.

"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau kawan aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..."

Tuesday, October 18, 2011

Wanita Dan Bonggols nya


*kabur dalam dilema.Sekadar gambar hiasan*

Adakah you guys perasan sejak setahun dua ini?

Ramai suka memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan kerana berbeza sanggul sengaja ditinggikan dan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang membalut aurat, bukan menutup aurat. Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
:

"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

dan

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

serta

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Trend ini tiada di zaman Rasulullah namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan (kini) dilihat benar-benar terjadi.

Friday, October 14, 2011

JANGAN KAHWIN YANG 6 !!

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

Kronologi henset2 aku =)


Assalamualaikum and salam sejahtera...again.Entry kali ini mengenai henset yang pernah saya pakai
sebelum ini hingga kini.Simple dan agak sellfish isnt it entry kali ini?..HAHA..

So,mari kita mulakan cerita,henfon yang mula2 saya pakai adalah Sony Ericsson T100,satu-satunya hanfon yg menggunakan kaler grayscale untuk screennya.macamana rupa?..sila check it out pic di bawah ini..=p

*ohhh nice...sgt rindu dis moment...T100*

T100 ini dipakai ketika diakhir tingkatan 5 saya,konon-kononnya bila dah ada hp ni senang nak
kontek2 kawan2 sekolah lepas abis study..ekekeke~

Masa ni saya agak JAKUN sedikit,mana tak
nya baru dapat hp mula la tangan gatai2 nak
beli ringtones dan wallpaper ntah pape...harga pulak cekik darah up to RM5 kot...Shiiityyy...!!

Henset ke-2 pulak ditukar apabila henset diatas sudah tidak ber
fungi...in the end dibuang.Henset ke-2 saya adalah Sony Ericsson jugak..(Sony lagi..hehe).Yang ni model j200i,satu-satunya henset entry level
yang ada colour.


*J200i...smart n nice,time ni tak kenal android mahupun iOS..ehehe*

Yang menarik mengenai henset ni kerana ianya dibeli dengan duit sendiri.nice n sweet rite?=))
In-terms of design,Sony Ericsson tak pernah mengecewakan customer mereka
dengan design phone depa.

Phone yang ke-3 pula,Masih lagi dengan phone SE,ketika ini model walkman baru
diperkenalkan,so saya tak lepaskan peluang untuk memiliki henset yang bermodelkan W550i ini.
*W550i,Super sleek,boleh pusing tepi utk keypad !!*

Design dia mmg sangat cantek...sampai sekarang boleh kata its really deserved to be most
creative design ever had!!..tak pernah lagi masa ni orang buat design phone mcm ni.In the end,phone ni kena rembat...hukhuk...(ahhh..gelis laki nak sedih2 kerana phone..=p)

Nak teruskan cerita ke?..panjang lagi kronologi merapu ni..hehe..takpe,kita teruskan sikit.
Selepas pemergian W550i,saya telah memakai W700i pula(sony lagi..yup sony mmg terbaik).
Ianya merupakan henset walkman jenis candy bar yang boleh di hapgred memory
nya
up to 4 GB !! (time tu kira dahsyat la,skang ni 8 GB pun ase kecik)


*W700i....mcmana?ok x?*

Ok,dipendekkan cerita,lepas phone ni,saya bertukar ke Xperia X10,smartphone pertama dari SE.Kemudian
bertukar lagi ke Samsung Galaxy S,peformance nyer a lot better dari X10 tu...harap 1Ghz,peformance
macam haprak....haha~

Selepas semua phone yang telah saya pakai,my latest phone kini pula adalah dan masih dari siri SE,iaitu Xperia mini pro.Baru je pakai tak sampai sebulan...ehehe..

*Jgn confius,kiri adalah X10 mini Pro,manakala kanan adalah xperia mini pro*

Ramai yang sering tersilap antara dua phone diatas ni,maklumlah,xperia mini pro
merupakan hasil dari kejayaan x10 mini pro.

Design lebih kurang,but peformancenya setanding dengan xperia Arc,cuma skrin saja yang kecik..

Untuk memahamkan lagi u guys tentang henset terbaru saya ni.sila tgk iklan dibawah..=) chow!

*ini lah dia iklan henset ku...=DD*

Tuesday, October 11, 2011

Si Superman Taksub Dari Filipina

*Amacam?serupa superman tak?*

Kerana taksub dengan Superman, seorang lelaki di Filipina, Herbert Chavez, 35, sanggup menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung seperti Superman. Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.


*BEZA-rupa asal dan selepas pembedahan*


Melalui Facebook’nya yang menggunakan nama Herbert Chavez (Clark), dia dengan penuh yakin menyatakan – Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa.

*Berpakaian sut lengkap...boleh terbang?..ehe.*

p/s :pada yang beragama Islam,jangan2 ler mengubah kejadian Allah itu ea,your perfect in your own way...dont worry !! =)

Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...