Wednesday, September 28, 2011

Potret Dihasilkan Daripada Cantuman Dadu


Melihatkan potret di atas, agak sukar untuk mempercayai yang ianya dihasilkan daripada cantuman dadu kerana secara logiknya mana mungkin dadu yang hanya mempunyai DOT itu boleh dibentuk menjadi sebuah potret yang menunjukkan wajah manusia. Tapi dengan kemahiran, ketelitian serta kesabaran, ianya tidak mustahil.







Peringatan Untuk Kaum Wanita

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi dikerusi belakang.

Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita.

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka.

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua:

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia!

Jadikan amalan:

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

Sebarkan kepada semua yer!

Kanak2 berselera aneh2

Di Terry Haute, Indiana, Amerika Syarikat, terdapat seorang kanak-kanak yang mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut. Nama kanak-kanak tersebut ialah Natalie Hayhurst berusia tiga tahun.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan. Nama penyakit tersebut ialah Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.

Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat. Seleranya yang begitu teruk itu pernah menyebabkan dia hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.

Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati. Katanya: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.”

Friday, September 23, 2011

Derma RM10 Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-munirah(PKAYAM)

Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-munirah(PKAYAM) terletak di Jalan Langat,Klang,Selangor darul Ehsan.Ianya menempatkan kanak-kanak yatim piatu dan juga miskin disini.Mereka juga di ajar didikan agama disini dimana sekolah agama juga disediakan.

Pengagihan makanan yg dilakukan oleh pihak persatuan
Jamuan makan yang disediakan hasil dari derma orang ramai

kanak-kanak yg gembira apabila disambut


Pada pihak yang ingin menderma,bolehlah terus menghubungi pihak HE Inpire bagi membantu mengutip hasil derma bagi membantu anak2 yatim ini...klik link di bawah untuk info :


ps:syarikat HE Inspire itu milik saya,apa2 pertanyaan boleh tanya dgn saya terus.=)

Akaun Twitter Fara fauzana dihack....LAGI..



Entah ni kali ke berapa pulak kena hacked akaun FAFAU ni.Kesian pun ada,
kali ini beliau dihacked oleh seorang insan yang menggelarkan diri beliau jajabinks.

*screenshot dari akaun twitt sy sendiri...ngeh3*

Hope to the hackers,tak tau la insiden ini betul atau tak,tak pedajal hak peribadi Fafau.
dah bosan plis la pulangkan balik akaun tuannya ok..;)


p/s : macam2 betul la hackers skang nih,sila berikan pendapat anda!



Thursday, September 22, 2011

Dance to the Eurobeat!!


~Pom,pom,pom,~
yeah!.dance to the beat!..
ehe.salam dan salam sejahtera..
entry kali ni just nak share some album yang saya currently listen..=)

*Kulit album Super Eurobeat 214*

ok,this time ak melayan pula kembali album2 dari super eurobeat nih.
dah lama tak download album2 baru dari siri ni,nampak gayanya album yg ke 214
ini berjaya menarik minat ak..ehe..track2 kali ni quite groovy especially it start with a good track like from Jager - Because Of You.<3

2nd Song dari album ni pun quite a blast...Lesslie Parrish -Skyline..mmg up-to-beat!!
other track pun ok,cuma malas nak explain semua,but for those nak try alternative dance song,this can be a gud choice i guess kalau nak bereksperimen dgn music...!!

Below are one of the sample dari album diatas ni..nyanyian Jager - Because of you..enjoy..;)


18SX : Kondom dalam beg sekolah anak!


HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.


Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.


Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.


“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.







Sumber dari :myMetro | Kondom dalam beg sekolah anak

Peluang HANG OUT dgn Lisa Surihani, Aizat atau Shaheizy Sam!!


Ok! kepada kawan-kawan yang membuka entry ini,terima kasih.Actually ini bukanlah pertandingan yang saya anjurkan,tetapi yang disponsor oleh DiGi (thanks digi!).Peraduan nya sangat mudah...macamana,ada RM10 dan syiling....kemudian klik saja link dibawah ini :

Monday, September 19, 2011

Pengalaman Premiere Screening Nuffnang @ curve


Allhamdullilah,Selesai jua menonton movie "fright night" di the curve.nak komen banyak2 tak reti,but just nak berterima kasih kepada Nuffnang untuk sponsor tiket wayang...=D

yang bestnyer,tayangan kami serentak dgn premiere tayangan bini2 ku gangster..demm cool !

sorry pic tak byk,mmg ini saje pic yg ada.malas nak bergambar bagai,pegi nak tgk wayang saje..then terus cabut pulang..=D


*Dari kiri : shima,sue dan juga aku* (dis are my classmate)


*Semua ni adalah bloggers ok!! =) *

*that black shirt,person looking like macha,syed salleh..haha* also a winner!

*20 min sebelum movies,im holding the ticket! *


*the singaporean and the londoean* haha~

Ok,for those yang tak dapat gambaran mcmana movie ni,sila tgk trailer dibawah :


Thursday, September 15, 2011

Contest Menang HTC ChaCha


Cantik model HTC ni ye tak?...ok,disini korang berpeluang memenangi HTC ni sendiri,tetapi bukan dari saya,dari pihak HTC sendiri.

Caranya sangat mudah,klik di SINI dan anda sudah memulakan satu langkah kehadapan untuk menyertai pertandingan ini ! Syarat2 dan peraturan adalah tertakluk pada empunya HTC tersebut ea..=D

Sila lihat review HTC chacha ini diatas.

Wednesday, September 14, 2011

Lawak Status Facebook 2 -Amir Raja lawak terkena lagi??

Kalau hari tu aku share status PM kita,kali ni aku post status Amir raja lawak kene kencing dgn dahlia teck.Sapa dia?....dia ni la yg dikatakan skandal dgn khairul fahmi....=)



Pada sapa2 tak baca lagi,check it out !! thanks to blogger salam jerung for the material.








Nora ada bukti laaaa...so jom tgk bukti yang nora katakan tu.....















hahaha...lawak kannn??!!...kalau ada cerita2 macam ni,please share dgn saya !! =D

Lawak Status Facebook - Bila P.M berfacebook

Entry kali ini bukan dicelup,tetapi nak disharekan kepada semua bloggers,mungkin ada yang dah tengok gambar ini,pada yang belum,enjoy perbualan para perdana menteri kita.


Tuesday, September 13, 2011

Cinta Fesbuk Video Clip - Najwa Latif



Mesti ramai dah dengar lagu yg sering menjadi bualan di radio ni,yup ni lah lagu Cinta FeSbuk!...haha...quite catchy...but still not my taste.Just nak share atas permintaan dari seorang blogger ardenstar.blogspot.com.

Okay la,for those yang terbaca entry ni,hope u guys enjoy with this clip!! berjumpa lagi di lain entry.salam=)

Karipap - Karipap Cinta...4 penonton saja?!

KELU sekejap lidah ini tatkala saya melangkah masuk ke Dewan Tayangan 1 di TGV di KLCC, pada pertengahan minggu lalu. Semuanya kerana saya hendak merasa karipap Melia Aimelia. Resipi karipap itu cuba diadun Othman Hasfam khas buat Melia dan pasangannya Gambit Saifullah.

Kelu saya tadi bukan kerana karipap itu terlalu sedap atau sudah ‘sold out’, sebaliknya mengira jumlah penonton termasuk diri saya sendiri iaitu hanya empat orang!

“Biaq betoi (biar betul). Kita salah panggung kot?” bisik saya kepada sahab

at yang menemani bagi waktu tayangan 9 malam itu.

Selepas membelek-belek keratan tiket sekali lagi dalam cahaya yang samar-samar, tidak salahlah memang itu dewan tayangan bagi Karipap-Karipap Cinta.


Apa lagi hendak dikata. Ketika itu saja, gugur 70 peratus semangat tontonan saya tetapi saya tetap memujuk di dalam hati, jangan putus asa. Belum tengok belum tahu. Peduli apa. Terasa juga macam VVIP sekejap sebab sebuah tayangan filem dibuat bagi empat penonton saja. Mana nak dapat. Namun itu berlaku dengan kuasa Wajib Tayang.


Terus saya menonton filem itu bukan sebab Melia Aimelia kerana saya belum kenal bakat gadis itu. Saya juga pergi bukan sebab Gambit. Memang ramai orang media cakap Gambit hidung tinggi dan perasan. Namun saya peduli apa sebab utama saya pergi menonton filem ini kerana Othman Hafsham.

Sejak bersekolah lagi saya sudah didedahkan dengan Hafsham. Filem arahannya yang

pertama, Adik Manja saya tonton dua kali di Panggung Empire, Alor Setar.


*Othman Hafsham,pengarah karipap2 cinta*

Filem seterusnya, Mekanik juga saya tonton juga dua kali di Panggung Cathay, juga di Alor Setar. Ironinya, kedua-dua panggung itu sudah tidak wujud lagi sekarang tetapi othman Hafsham masih lagi di sini.

Seingat saya dulu, untuk menonton Adik Manja dan Mekanik, kami terpaksa membeli tiket ‘black market’ (ulat wayang). Harganya jauh lebih cekik darah tetapi memang itu ‘trend’ yang berlaku kalau filem ‘box-office’. Ketika itu riuh panggung ketawa melihat setiap babak yang dipaparkan.

Muncul kelibat Adibah Amin sebagai Cikgu Bedah dalam Adik Manja, orang sudah ketawa berdekah-dekah. Begitu juga dengan Mekanik apabila babak Syamil (Azmil Mustapha) terpaksa mencuri coli dan baju perempuan untuk menyamar di sebuah gedung beli-belah.

Namun keseronokan itu semua saya tidak nampak lagi dalam Karipap-Karipap Cinta. Ada sekali dua saya tergelak kecil, saya hanya mampu mendengar suara saya sendiri di dalam sebuah panggung yang sepi itu. Lebih menyedihkan, ada dua kali rakan saya menggerakkan saya, “Eh, ‘you’ ni lelap ke?”

Mungkin apabila terbaca coretan saya ini, Hafsham akan berasa sedih. Saya tidak berniat memburukkan karyanya itu tetapi inilah realiti yang tidak dapat saya sembunyikan lagi. Apa yang saya tonton itu bukan tayangan tertutup, sebaliknya tayangan umum dan saya juga membeli tiketnya.

Saya juga bukan hendak membuat ulasan Karipap-Karipap Cinta melalui ruangan yang terhad ini. Cukuplah saya katakan ia filem komedi romantis yang sedang-sedang saja. Lakonan Gambit tiada yang hebat sangat dan begitu juga Melia. Seperti yang dijangka, Eman Manan lebih mencuri perhatian.

Ia antara lain mengenai budak lelaki biasa yang jatuh cinta dengan graduan Universiti Al-Azhar. Namun saya tidak nampak sangat pun ciri-ciri Sarah yang kononnya antara 10 pelajar terbaik lulusan universiti itu.

Hafsham bagaimanapun masih kuat memegang tradisi 1Malaysia kerana begitulah corak filem komedinya sebelum ini. Cuma bezanya inilah kali pertama Hafsham memindahkan karya sebuah novel yang dijolok terlaris ke plaform filem cereka pula.

Cuma saya tertanya-tanya, di mana penyokong novel yang dikatakan terlaris itu? Senaskhah novel itu masih lagi ada di atas meja kerana belum sempat-sempat baca tetapi adakah semua peminat novel itu keluar beramai-ramai membeli tiket? Saya tidak pasti sama ada sepasang lagi manusia yang duduk di bahagian belakang itu adalah peminat novel itu atau tidak.

Apa yang dapat saya katakan, sangat susah untuk kita menjangkakan apa yang penonton suka. Adakah aura Gambit dan Melia belum cukup kuat? Apakah tema filem itu sendiri tidak cukup kukuh untuk menarik minat masyarakat untuk menontonnya, sekali gus menjadi satu bentuk promosi ‘mulut ke mulut’?

Lebih penting lagi, apakah Hafsham sendiri sudah mula hilang taring berbisanya?
Seperti yang saya katakan, saya pergi menonton Karipap-Karipap Cinta kerana Othman Hafsham. Namun saya terpaksa menerima apa yang saya lihat di TGV, KLCC itu sebagai sesuatu yang mengecewakan diri ini. Di mana penonton lain?

Saya akui saya juga sempat menonton sebuah lagi filem, Hantu Bonceng di pawagam tempoh hari. Memang ia padat dengan penonton kerana filem itu antara lain turut didedikasikan kepada Mat-Mat Rempit di luar sana. Kita sendiri tahu betapa ramai jumlah Mat Motor dan Mat Rempit yang ada. Jadi Ahmad Idham nampaknya semacam tahu kelompok sasaran untuk filem arahan dan terbitannya itu yang disuntik pula elemen seram, bohsia jadi hantu!


p/s : Artikel ini dipetik dari surat khabar metro oleh Roslen Fadzil


Namun ia tidak sekali-kali bermakna Hantu Bonceng filem terbaik di pasaran tetapi sekurang-kurangnya filem yang popular untuk tujuan bisnes. Saya sedih apabila Karipap-Karipap Cinta hanya mampu meraih kutipan RM200,000 saja setakat ini. Saya amat berharap Hafsham dan pasukan produksinya akan benar-benar membuat post-mortem untuk filem arahannya itu

Lawak alih bahasa 5 - Aku bukan pondannn~


Salam dan selamat pagi semua,lama tak postkan entry bertajuk "Lawak alih bahasa".Entry kali ni aku nak share video bertajuk "tidak tenang".Apa yang tidak tenangnya?...Sila tonton,babak ini diambil dari movie "RAMBO".

Apa yang jelas,aku pasti korang tergelak gila2 punyerrrr....enjoy!!..=D

Monday, September 12, 2011

Dua bangsa Satu Negara -Sentul Jinjang

*maaf la,gambar bukan2 lagi*

Allhamdullilah,disini aku masih lagi bernafas untuk merapu-rapu diruangan maya yang luas.Setelah baru 3 minggu berkecimpung dalam dunia blogging,nampak gayanya terbentang luas idea dan pengalaman yang dapat dipelajari dari blogger-blogger lain.

Kalau dilihatkan tajuk entry macam ada kaitan dengan patriotikkan?...hahaha...no..no..no...eceli..eceli entry kali ini aku cuma nak mempromosi kawan sahaja.(sejak bila kawan2 dah jadi produk?...tak tau..tak tau).

Geng kali ni yang nak di perkenalkan adalah Nazrie dan Azima,both douchebag ni merupakan rakan sekelas yg agak rapat.Dua-dua berasal dari sentul,seorang cina mualaf,sorang lagi nepal mualaf...HAHA...gurau..gurau,dua-dua melayu tulen...=p


Serba sedikit mengenai mereka :

Belajar dari diploma hingga ke ijazah di KPTM Bangi dan KL.
Pasangan Bercintan.!!...*So sweet!!
Nazrie merupakan jejaka paling tegap di Sentul.
Azima mempunyai adik beradik yg bermukakan photostat macam dirinya sendiri..haha..how nice!..

nak berkenalan dgn mereka berdua ni,check it out Fesbuk mereka : Hanya Ajiey dan Nor Azima =)

Cinta Pokok kelapa-SABAI-SABAI


Pernah tengok video ni.Ok,just nak share video thailand nyanyian Bird Thongchai.Lagu ni boleh kata sangat legend ! TOP !...and its retro!..enjoy!..mari menyanyi bersama2!! =D

Saturday, September 10, 2011

Aku cuma insan yg tak sempurna..=(

Post kali ni bukan untuk dibaca sesiapa,cuma menjadi peringatan kepada aku sendiri,bila bercakap,pastikan melalui otak bukan lutut.Setiap orang ada cerita mereka sendiri,tak semuanya cantik2 mcm kita,tak semuanya senang2 mcm kita.

Walaupun niat dihati bergurau senda,sepatutnya berpada2...bukannya baru kenal,dah lama,kenapa tak fikir benda tu akan mengusik perasaan?..mmg salah sendiri,hopefully masalah ini boleh selesai.

Aku bukanlah lelaki yg dambakan kesempurnaan,mungkin kisah hidupnya dan perangai aku tu buat org fikirkan aku nak org cun2,cantik2....sedangkan sendiri tak sempurna,kenapa perlu kita menilai orang lain..aku sedar tentang itu.

Aku tahu ak sudah menyentuh sensitiviti perasaan orang,dan aku harap aku dapat mengubahnya.Aku sayangkannya dan ingin memperisterikannya....harap kesalahan aku ini bukan alasan beliau utk menjauhkan diri kepada aku.

haih...terus terang aku kata kan...aku sedih sgt dgn keterlanjuran kata aku pada dia...baru pertama kali aku boleh pakai kat diri aku peribahasa,"terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata tiada gunanya"....aku hanya boleh memohon pertolongan-NYA utk menyejukkn hati beliau..insyallah..:')

Friday, September 9, 2011

ANTARA MALU TAPI MAHU


Salam,cantik gambar merak kat atas ni kan?..okay,apa yg nak dibincangkan dlm entry kali ni bukan lah tentang merak ni.Tapi satu artikel yang saya baca mengenai menutup aurat ni.Sekarang ni allhamdullilah boleh cakap ramai dah mula menutup aurat....tapi adakah betul2 menutupnya ?..kalau sekadar pakai tudung,baju fit sampai boleh nmpak kesan coli,jarang smpai kaler baju dalam pun boleh teka,seluat legging nmpk seluar dalam dan segala bagai alur yg tak patut tgk...adakah itu menutup aurat...check it out pada link dibawah ini :




Thursday, September 8, 2011

Love Just The Way You Are,^__^


Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.

Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.

Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up, praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love when your heart was so fragile to the Holy Words,
I love that time, I love you just the way you are.

But now, I don't know what I am feeling,
The love is starting to fade, or what?
Jealous? Dissapointment? Hope?
I don't know...
It hurts me a lot, it's silently killing me inside.

Every single time I saw you in that apparel,
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites,
Every single moment I saw that words coming from your precious lips,
Please, this is not the girl who I'd known before,
But still, remnants of my love are still there, I'm sure!

I really want you to be my company in this perilous journey,
I really want you to be at my side, sharing love and care,
I really want you to be the mother of my children,
I really want you to be my guidance to His Love,
Even death cannot do us apart, because we will reunited in God's Glorious Gardens.

But girl, please! I really love you just the way you are at that time,
The time when you looked so beautiful,
When I saw you at that time,
There's not a thing that I would change,
Cause' you are amazing, just the way you are,
The way of a Muslimah.


*Artikel ini dipetik dari iLuvIslam.com hasil karya Fitri Fahmi Seorang pelajar International Baccalaureate dalam Bidang Perubatan di Kolej Mara Banting.

Wednesday, September 7, 2011

Lawak alih bahasa 4 - skill2 undertaker


salam,hari ni aku nak share lagi video alih bahasa lawak,lama kan ak tak post sebegini rupa..ehehe...
kali ni mengenai undertaker pula...dan skill2 beliau..enjoy...kalau rajin,komen,follow skali..=)

Tuesday, September 6, 2011

1001 pengunjung yg berbudi

Allhamdulillah.tepat 9.52 pm sahaja,cukuplah 1001 pelawat yang melawat blog saya yang tak seberapa dan banyak kelemahan.Blog ni dah byk kali buat perubahan kali terakhir dibuat adalah bertarikh 11 Julai 2011.

Asalnya blog ni memang sgt hodoh.ehe..but,setelah di make-over, I gladly said that my blog are viewable..hehehe..sedap mata memandang,lagi best kalau difollow sekali.

So,pada sesiapa yang membacanya,thanks kerana menjadi salah satu penyinggah disini.=)

Pondan ini didakwa punca rakan disimbah asid

Pondan bernama natasha bersama mangsa

Ada u guys baca surat khabar hari ni?....ni topik menarik apa yang saya baca pagi tadi..baru teringat nak share..please do leave a komen.....=)

[Petikan dari kosmo] KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”

Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.

Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.

“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.

“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.


Semalam akhbar melaporkan seorang pemuda cedera di muka dan tangan kanan akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang mengunci pagar rumahnya di Taman Seri Bakau di sini.

Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha. Penyerang tersebut kemudiannya berjaya diberkas.

Natasha yang bekerja sebagai jurujual kosmetik berkata, punca temannya diserang adalah kerana suspek tidak berpuas hati ekoran tidak dapat mendekati dirinya.

“Saya dan Hafizuddin tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaan saya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi saya tidak melayan mereka,” ujarnya lagi.

Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.

“Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu. Jelasnya, dia tidak mengalami kecacatan kekal atau serius

Monday, September 5, 2011

Menjadi extra-ordinary wife /woman

Entry kali ini dipinjam dari iLuvIslam dimana topik yang dibincangkan cara-cara menjadi isteri yang luar biasa.Bukan ada Superpower boleh terbang,halimunan semua tu...tetapi seorang isteri yg lain dari yg lain.Saya tak pandai kupas,so pada yg berminat boleh check it out dan baca di link dibawah ini.Semoga blogger2 dapat menfaatkan artikel ini ..;)

artikel credit daripada iluvislam.com.

Wings - Ranggi Metropolis ROCKS!


Yeahhhh!!..pernah dengar lagu ni?...yup! siapa tak kenal awie dari wings!..baru2 ni saya baru berjinak2 melayan lagu wings,and dis song berjaya menarik perhatian saya.So entry ni just nak share with u guys dis song...nak download pun boleh,link disediakan dibawah :

PETKNODE - Pusat Penjagaan kucing paling SAMPAH !!


Alololo...comey comey je logo PETKNODE ni kan?...siap ada duta kucing lagi.tapi cuba korang tgk pulak gambar kat bawah ni ..





macam ni rupa pusat penjagaan kucing?...macam S***.tak berniat nak mencarut2 dalam entry,tapi bila kita tengok mcm ni rupa kucing2 yg deme jaga,tak ke rasa tidak perikemanusiaan betul?..haih...ok..utk maklumat lanjut tentang berita ni,klik link dibawah dan sila beri komen anda tentang entry kali ni disini..

Sunday, September 4, 2011

Contest Komen dan menang !!

Salam dan terima kasih kerana membaca entry kali ini.Seperti mana anda baca dari link tadi,saya menawarkan iPod touch sebagai hadiah kali ni.Bunyi macam tak logik kan?..ok,logik..iPod ni pun dapat sebab cabutan bertuah,dan tujuan utama saya buat kontes ni pun sebab nakkan traffik untuk blog ni...dan paling penting...saya dah ada iPod dah pun,so apa salahnya sedekah2 kan..=)

syarat peraturan sgt senang.baca arahan dibawah dengan betul :

1. Klik pada link disebelah ini ------->> SILA KLIK SAYA!
2.Bila dah klik,korang akan dibawa ke says.my bukan?..senang je,join!! tak perlu isi borang,just tekan "link with my facebook account".dari situ saya boleh detect sapa dah join.
3.Dah setel semua tu,datang balik pada entry ni,komen di entry ini dan nyatakan " 3 kelebihan iPod touch yang anda tahu".
4.Sila pastikan anda nyatakan nama FB anda ketika anda komen!!

Penyertaan akan ditutup pada 10 Sept 2011.pemenang akan dinilai berdasarkan ketepatan jawapan yg diberi.

How I met your mother ....dah tengok?

Mungkin ada yang pernah tengok atau menonton cerita diatas.Yes,How I met Your Mother ni tv series yang ditayangkan di FOX ch (for those yg ada astro).Jalan cerita dia a bit merepek,its more to sitcom comedy.If u guys rase FRIENDS better,think again,ini lagi better !!...So saya share kan juga one of the episode yg sedang saya tonton.enjoy.

Klik pada gambar watak-watak ini
cara-cara nak menonton :

1.klik pada pic watak utama diatas.
2.klik pula link untuk menonton : http://www.videoweed.es/file/4e16043709c92
3.Tujuannya untuk mngelakkan dari pd kena mendaftar..=)

Friday, September 2, 2011

Peminat KPop Mengamuk Dengan Mila Jirin & Rody Kristal


HAAAAAHHH...pelikkan tiba-tiba ada entry bergambarkan super junior ni?.Yes,entry kali ni melibatkan KPOP ini juga.Baru-baru ni gelombang KPOP makin berleluasa di Malaysia.Tapi apa yang saya nak share kali ni mengenai post2 tweeter artis2 kita yang merasakan diri di anak tirikan oleh negara kita sendiri.macamana tu?...check it out link kat bawah ni ok...=)


*Thanks to beautifulnara.com for the information..=)

p/s:kepada peminat2 kpop,tak perlu la tunggu lagu or music to nak jadi trend or in baru nak layan,kalau betul minat kpop ke,bipop ke...tak perlu jadi trend lagi dah layan...music bukan dilayan kerana trend,tapi minat kepada pendengar itu sendiri.=))

Thursday, September 1, 2011

Alasan wanita islam tidak bertudung



Wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan perbuatan mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?

2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...

3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!

4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..

5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..

6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...

7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...

8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..

9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..

10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..

11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..

12. rambut I cantik. so xperlu nak cover line

13.i mmg nk mintak dirogol.dpt main free.kalau kena tangkap pun laki tu je.

14.i tak mampu beli tudung..u (lelaki) tlg belikan..

14.mak dgn bapak i pun xbising.apa hak u nk suruh i pakai tudung?

15.panas la pakai tudung.xnmpk ke mcmana cuaca kat sini?

16.bos tmpt keje i xbg pakai tudung.

17.bf i ckp i nmpk lg cantik xpakai tudung.

18.i memang jahil pun.u sebok apahal?

19. pakai tudung panas la.. rimas.. nnt rmbut i cepat gugur ..

20.i segan la dgn kawan2 i.xkan ni gi parti pakai tudung kot

21.ko gile ke gi clubbing pakai tudung?

22.i memang dr kecik xpakai tudung.dh terbiasa.

23. Ala kubur lain2 apa susahnya.

24.lum tak dpt hidayah..ceh...sampai kemat x paai camni

25."syurga tu kan milik sume org..camtu gak neraka..so biarlah kami tentukan nak pilih mane?" jerit gadis tersebut sanbil berlalu pergi..

26.i nmpk xcantik kalau pakai tudung.

27.kopek i bsr.kenapa i harus sorokkan dari tontonan umum.kan nmpk seksi tu.

28.i sekular.u duk kat negara mana skang ni?

29.kawan2 i ramai cina.

30.i nie nak laki, pakai ketat ketat laki rogol dapat kahwin free lepas tangkap basah jimat pe duit kan sekarang kegawatan ekonomi semua barang naik

31. "I memang nak rambut i kena bakar kat neraka nanti,itu sebab la i tak pakai tudung"

32. "I pun tak tahu i ni muslim ke tak, sebab tu i tak pakai tudung"

33.wtf is tudung? yg tutup lauk atas meja tu ke?

34.u ingat i buah cempedak ke nk balut2?

35.poyo la u ni.mcm baik sgt nk nasihatkan org.

36.yes,i mmg nk masuk neraka.so what?

37.mahal2 i buat rambut ni u x nk bg org tgk pulak.u ni mereng ke?

38. walopun saya tidak bertudung, tp nama saya ada perkataan Islam tau

39.i takut nnti pelancong omputih ckp i terrorist.

40.i takut nnti xde laki yg nakkan i yg tergedik2 ni.

41.wa pengkid.lu pnah tgk ke pengkid pakai tudung?

42.idola i siti nurhaliza.kalau dia sanggup kena bakar dlm neraka kenapa tidak i.

43.famili i open-minded.dorg xkesah pun i nk hidup mcm omputih.

44.i atlet.susah la nk bersukan pakai tudung.

45.i takut tudung i kena sedut masa i tgh operate machine ni.

46.alamak bro!!!.. lu pun pakai seluar pendek jer.. main bola, main badminton, segala macam main la.. kitorang (gurl) tak bising pun.. betolkan diri tu dulu..

47.itu HAK i nk pakai tudung ke xnk.i ada HAK nk tentukan mcmana hidup i.

48.u tu konfem masuk syurga ke nak nasihatkan i ni?(ni mcm dh ada je)

49.i keje setiausaha kpd bos yg kaki pmpuan.kalau i pakai tudung kang kena pecat pulak.

50.i moden la.blaja oversea,kawen dgn mat saleh...tudung tu apa?

51.F.U.C.K OFF!!!jangan menyebok dlm hidup i!

52.rilek la, bukan kluar ngn mak ayah pon!! poyo la lu ni..

alamak.. tudung i lembab lagi.. baru basuh.. semalam bf i blow off kene tudung..

P/S : please do forgive artikel ini dgn bahasa2 yang kurang sopan...=)

Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...