Sunday, May 27, 2012

ON AIR - Penyingkiran Ishabellah Dan Penguduran Diri Anas

* ON AIR -rancangan realiti pencarian pengacara*

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin diucapkan.Hari ni boleh kata agak lambat aku nak update kisah-kisah program realiti yang tengah meletop di kaca Astro Ria selain Masterchef Selebriti iaitu  ON AIR .

Apa yang  ON AIR  nya ? tak pernah tengok? no problem,biar aku explain apa menatang rancangan  ON AIR  ni.

*20 perantis lelaki dan wanita ON AIR di sidang media*

ON AIR merupakan sebuah program realiti pencarian bakat pengacara yang diasaskan oleh Aznil Hj Nawawi sendiri dan bersiaran di Astro Ria (ch 104) , minggu-minggu sudah kita sudah diperlihatkan dengan ujibakat dan pemilihan bakal-bakal perantis baru ini.

Bermula minggu ini,perantis-perantis ini diberi tugasan dan kelas untuk mendalami apa tugas sebagai seorang pengacara.

*Dua perantis yang tersingkir dan menarik diri*

Seperti rancangan realiti lain,memang adatlah kalau ada sebarang penyingkiran dilakukan dan malam tadi kita telah menyaksikan penyingkiran Ishabellah dan pengunduran diri oleh Anas dari program  ON AIR .


Pada pendapat aku,penyingkiran mereka bukanlah satu noktah penutup untuk mereka keluar mencari peluang dalam bidang pengacaraan,malah ianya merupakan pin point untuk mereka mula mencari atau memulakan hidup baru, dimana mereka keluar dengan pengalaman (walaupun seminggu sahaja) yang tidak semua bakal-bakal atau orang lain pelajari seperti mereka.

Kepada 2 bekas perantis,selamat maju jaya dalam bidang anda masing-masing ! 



3 comments:

~~oOpEt~~ said...

pet xpernah tgok crta realiti nh.. hehe

Hood Kamil said...

ada laaaa..setiap jumaat -ahad...baru je

Syed Salleh said...

Ha3.. aku tak layan bro :p

(http://syedsalleh.blogspot.com/)

Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...