Wednesday, December 12, 2012

Kulit Bagai Artis KPOP !

*Sekadar gambar hiasan IU*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Lama tak keluarkan entry baru.Bila post entry baru je tiba-tiba kuar pic IU . So apa isu untuk entry kali ni? Jom teruskan membaca artikel di entry ini sampai habis ok ! ;)


*Salah satu produk SNE - Beutskin Essence*

Entry kali ni just nak tolong promote produk kesihatan dan kecantikan dari SNE.SNE merupakan syarikat yang mempunyai pengalaman dalam menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikkan kepada pengguna.Salah satu produk popular atau pun flagship mereka adalah BEUTSKIN ESSENCE.

* Adira merupakan pengguna produk SNE *

Untuk pengetahuan you guys,artis tempatan seperti Adira juga merupakan salah seorang dari pengguna produk ini ye.Boleh tengok perubahan yang dialami beliau dari sebelum dan selepas dimana kulitnya semakin cerah dan lebih gebu berbanding sebelum mengamalkan produk ini.kan??kan??


*Bukti wujudnya sijil halal*

Mungkin ada yang tertanya2,halal ke produk ni?...kang ada B*** macamana?...jangan risau,produk ini telah diiktiraf kebersihan dan halal untuk digunakan oleh orang Islam.So apa lagi?..tak mau jadi santek santek,putih gebu ke?...keh3


*Juga pemenang anugerah produk*

Selain daripada produk kecantikan,terdapat juga produk-produk yang dapat membantu anak-anak menjana minda dan mengaktifkan saraf otak supaya pembelajaran lebih senang diterima.

*Lagi produk yang ditawarkan*

So kepada yang berminat nak tahu lebih lanjut,atau sekadar nak window shopping apa-apa produk kesihatan yang ada di internet,bolehlah hubungi atau berkunjung sendiri laman facebook :


 atau hubungi ejen produk ini terus :

Zaty
017-3104372

Wednesday, November 21, 2012

Gencatan Senjata Diisytiharkan di Gaza



GAZA, 22 Nov - Selepas lapan hari keganasan dilakukan oleh regim zionis di sepanjang sempadan Israel dengan Gaza dengan majoriti 150 kematian adalah rakyat Palestin, satu gencatan senjata telah diisytiharkan malam tadi Rabu, 21 November 2012.

Gencatan senjata, yang diumumkan dalam sidang akhbar bersama di Kaherah disaksikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton dan Menteri Luar Mesir Mohamed Kamel Amr, berkuatkuasa jam 9 malam tadi waktu di Gaza.

Rakyat Palestin di Gaza meraikan pengisytiharan tersebut di sepanjang jalan dengan tembakan senjata ke udara, dalam apa yang disifatkan sebagai kemenangan ke atas tentera Israel.

Menurut agensi berita negeri Mesir EGYNews, perjanjian tersebut menuntut Israel untuk menghentikan semua tindakan pencerobohan ke atas Gaza, termasuk pencerobohan dan keganasan terhadap orang awam.

Pembunuhan ketua sayap tentera Hamas Ahmed al-Ja'abari oleh tentera Israel, telah mencetuskan pertempuran dan keganasan kedua-dua pihak. Perjanjian itu turut menyeru rakyat Palestin untuk menghentikan semua tindakbalas terhadap Israel, termasuk tembakan roket dan serangan di sempadan. Lintasan sempadan akan dibuka malam Khamis, pergerakan orang ramai dan barangan merentasi sempadan turut dibenarkan

Perjanjian itu dimeterai selepas rundingan sehari suntuk melibatkan Clinton, Presiden Mesir Mohamed Morsy dan pegawai-pegawai Palestin.

Jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev berkata perjanjian itu dilihat sebagai 'pemberhentian lengkap dan total semua aktiviti permusuhan yang dimulakan di Semenanjung Gaza'. "Bagi kami, itulah kemenangan. Itulah apa yang kami mahukan," katanya.

Walaubagaimanapun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran tindakan ketenteraan mungkin akan diperhebatkan jika gencatan senjata gagal dipatuhi dalam mencari perdamaian dan keselamatan jangkamasa panjang.

"Buat masa ini, perkara yang perlu dilakukan negara Israel adalah untuk mengambil peluang ini bagi mendapatkan gencatan senjata untuk satu jangkamasa panjang, "katanya.

Sejak lapan hari yang lalu, Israel telah melancarkan serangan bertubi-tubi dengan matlamat untuk menghentikan serangan roket terhadap Israel dari dalam Gaza.

"Percubaan mereka telah memakan diri sendiri," kata Khaled Meshaal, pemimpin politik Hamas. "Mereka mahu memusnahkan setiap infrastruktur dan penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Mereka mendakwa mereka berbuat demikian akibat diserang, dan mereka sebenarnya berbohong. Mereka (Israel) telah bankrap idea. "

11 Tips Dalam Berpasangan




Dibawah ini adalah tips dalam berpasangan yang aku dapat dari note di facebook rakan aku.Ianya juga sebagai rujukan para pembaca dan juga rujukan diri sendiri ;)
1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??
6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?
7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .
9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.
11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Monday, November 12, 2012

Tafsir Mimpi - Sejauh mana kebenarannya??



Jika ditanya siapa yang tidak pernah bermimpi? Pasti jawapannya semua orang penrah mengalami mimpi. Ada mimpi bahagia, ada mimpi ngeri ada juga mimpi kesedihan. Memperkata tentang mimpi ia amat berkait rapat dengan impian. Saya tidak mahu mengulas tentang impian. Tetapi saya ingin menjawab tentang persoalan mimpi. Ramai yang tertanya bolehkah kita percaya tentang mimpi? Ini kerana kadang-kadang apabila kita bermimpi ada suatu ketika ia betul-betul berlaku sebagaimana kita mimpikan.

Orang-orang tua berkata, basuh kaki sebelum tidur supaya tidak mengigau atau bermimpi buruk. Betulah petua itu? Jika kita membuat analisis maka ada kewajarannya kerana basuh kaki itu satu rukun dalam wuduhuk. Maka jika kita tidur dalam wudhuk kita berada dalam peliharaan Allah.

Seperkara perlu diingat, mimpi dikatakan mainan tidur kerana apa yang kita fikirkan dalam pemikiran akan hadir dalam mimpi. Apa yang kita rungsing pasti akan mendatangi kita saat kita tidur. Mudah sahaja, perhatikan kanak-kanak, apabila mereka lasak bermain ia dibawa ke alam mimpi mereka hingga ada kanak-kanak yang menangis sewaktu tidur, ketawa mengekek-ngekek. Oleh itu jika minda berada dalam keadaan rasional hati tidak gundah kita jarang bermimpi yang bukan-bukan. Sama juga jika kita berfikir perkara negatif maka perkara buruklah yang datang dalam mimpi kita. Ini juga berlaku sewaktu kita dalam kenpenatan, atau ada beban tugas yang banyak maka ia bukan semata-mata menganggu tidur kita, bahkan ia juga memberi mimpi yang pelbagai.

Soalannya, bolehkah percaya pada mimpi. Jika tidak boleh percaya kepada mimpi kenapa Allah memberi anugerah kepada Nabi Yusuf boleh mentafsir mimpi. Dan disebut dalam Al_Quran bagaimana kisah Nabi Yusuf mentafsir mimpi dan tafsiran itu menjadi realiti dan terserlah kebenarannya. Menjawab perihal ini, dari sudut pandang insan yang cetek ilmu seperti saya, kita sememangnya tidak boleh percaya tentang mimpi kerana dikhuatiri sewaktu tidur syaitan yang menganggu kita. Iblis membawa kita hanyut dalam mimpi. Oleh itu kita tidak harus percaya bulat-bulat kepada mimpi kerana dibimbangi mimpi itu akan menyebabkan kita bertindak tida wajar dan dek kerana percaya kepada mimpi tersebut maka akan membawa kepada kesan buruk dalam menjalani kehidupan seharian.

Contohnya mimpi suami kahwin lagi, atau isteri main kayu tiga kita percaya pada mimpi tersebut maka kita mula mengesyaki suami/isteri, lalu membawa bibit pergaduhan kerana kita mula tidak menaruh kepercayaan dan menyimpan persaan syak terhadap pasangan. Oleh itu berhati-hati dengan mimpi jangan sampai mimpi membawa mudharat kepada kehidupan.


Biarpun begitu dalam rawatan Islam sendiri mimpi tidak ditolak sembrono contoh ada yang mengatakan jika mimpi ular itu tandanya sihir. Pada saya unutk mentafsirkan sesuatu mimpi itu kita tidak dianugerahkan Allah mukjizat sebagaimana Nabi Yusuf, tetapi mimpi tidak juga boleh diketepikan semuanya. Apa yang terbaik pada hemat saya, mimpi itu sekadar memberi ingatan buat diri unutk lebih mempertingkatkan amalan dan doa. Abdainya kita bermimpi perkara yang tidak baik, maka wajar kita berdoa agar dijauhkan segala bala bencana tersebut. Andai betul berlaku seatu perkara sebagaimana mimpi kita, maka setidaknya kita telah berlapang dada dan boleh menerima sesautu ketentuan itu berlaku. Allah memberikan isyarat kepada kita melalui mimpi agar kita menyerahkan semua perkara hanya kepadaNya.

Pesanan saya, apabila tidur janganlah kita ingat apa yang buruk. Masa tidur unutk berzikir dan memohon ampun atas segala dosa sepanjang hari yang kita lakukan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja. Amalkan membaca tiga QUL, agar tidur kita lena dalam jagaanNya. Jika susah unutk tidur atau mendapat ganguan mimpi yang pelik atau buruk, maka bangunlah dari tidur dan solat taubat, semoga Allah ampunkan dosa. Mimpi itu datang kerana ia sekadar ingatan Khaliq kepada hambanya agar bangun dan bermunajat kepadaNya semata.

Wallahuaalam.

Sumber-sumber yang saya baca adalah melalui sini ( dari terbaik hingga ke paling corot ) :

1 http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/07/mimpi-dan-tafsiran-nak-ercaya-atau-pun.html
2 http://ahnafhilmi.blogspot.com/2009/03/agama-percaya-kepada-mimpi.html
3 http://janggout.blogspot.com/2011/12/boleh-ke-percaya-pada-mimpi.html


Monday, October 29, 2012

Gempar! Hantu Tanpa Kepala Di Masjid !

Gambar hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid ini bukanlah gambar hasil dari kerja fotoshop atau diedit tetapi ianya memang asli. Jadi tak payahlah kata gambar hantu tanpa kepala ni tipu ye. 

Inilah fenomena misteri yang berlaku bukan sahaja di sesebuah masjid, tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia. Yang peliknya lagi, kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada Hari Jumaat.

 Umat Islam berjantina lelaki mesti sangat biasa dengan kejadian manusia tanpa kepala ini tetapi tidak kepada kaum wanita. Nak tengok? Jom lihat gambar hantu tanpa kepala di bawah ini.



*Gambar ehsan dari isuhangat.*


Ini merupakan satu kejadian yang selalu berlaku di masjid-masjid ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat. Sepatutnya jemaah kena dengar dengan mata yang celik dan hati yang terbuka, tetapi ini jadinya. 

Salah siapa agaknya? Jangan lah kita menuding jari, bersama lah kita berusaha, dari pihak masjid dan juga juga jemaah solat Jumaat supaya kejadian atau fenomena manusia tanpa kepala ini dapat dihindarkan di masa hadapan. Amin. 


P/S: Aku pun kadang-kadang terlentuk gak masa khatib baca khutbah huhu…

10 Babak Tidak Logik Dan Lawak Dalam Drama Melayu

*sekadar gambar hiasan....hiasan ke? =p *


Ramai diantara pembaca mesti pernah perasan babak2 yang bakal aku senaraikan dibawah.Babak2 ini sangat tipikal dan kadang-kadang rasa lucu pun ada.So jom check it out !! ;)

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda(tidak boleh dinyatakan dramanya..hehe)... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan menulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem jika tidak silaplah...hehe


All this just for fun...kongsikan pada rakan-rakan..=)

Girlfriend Anda Pemalas Atau BF Yang nak tunjuk Caring?


Assalamualaikum dan salam satu malaysia.Dah lama tak keluar entry,hari ini tergerak hati nak taip something.Topik kali ni something yang sangat common kita nampak masa kini.(Kut la kalau aku saja yang nampak.) iaitu Boifren bawak handbag girlfriend.

In my opinionlah,konsep bawak bag perempuan ni sangatlah tak releven.Ada certain time itu,aku lihat semua bag dibawa lelaki itu ,malahan si gadis pula berlenggang kangkung tidak membawa apa-apa....what the fish mcm ni??!!

*suwittt ke macam ni? hak tuih..dah serupa pondan*

Handbag adalah suatu kemestian or common things yang wanita patut ada.Pada aku,kalau takat bawakkan beg shopping tu,boleh jugak dikira caringnya...sbb kita boleh faham,diorg beli barang banyak...kadang2 tak expect akan banyak mcm tu.

Tapi kalau berbalik pada handbag ni,barang-barang dalam handbag tu dari rumah lagi dah tau banyak,nak bawak itu ini.make up satu table kat umah tu pun nak bawak....so kalau rasa tak larat nak bawak,why not kurangkan saja barang tak penting.or bawak beg galas....kalau itu nak boifren kau bawak,then its okay...takde la menjatuhkan maruah dan nampak selfish sangat.

Cuma pada aku,stop making your boifren2 itu sebagai tempat "sangkut barang"....dengan segala coli,bra u guys nak sangkut kat boifren,suami or whatever u guys declare pasangan u guys itu apa kes...Guys,its not so sweet...barang macam handbag tu barang depa,biar depa bawak.=D


Tuesday, October 23, 2012

Program Derma Anak Yatim Aidiladha bersama Blogger !!


Sempena nak aidiladha yang bakal menjelma ini,entry kali ini berkaitan niat murni dan blogger-blogger semua  yang bakal turut terlibat dalam membantu memberi sedikit sumbangan kepada Rumah Perlindungan Nur Qaseh di Taman Melawati Kuala Lumpur.



Rumah anak yatim ini menempatkan anak-anak yang kehilangan ibubapa,fakir miskin dan juga muaalaf dan merupakan badan NGO yang berdaftar. Seronok tengok budak-budak ni gembira sebenarnya.

Ok,pointnya macam ni.Saya berbesar hati ingin mengajak pembaca dan juga blogger turut serta dalam program ini.Just nak ajak beramal secara mudah, dan insyallah diberkati.

Kalau boleh saya ingin mengutip sedikit sumbangan dari anda-anda yang membaca ini sekurang-kurangnya RM10 untuk didermakan kepada Rumah ini. Apa yang anda dapat ? Pahala insyallah dapat jika ikhlas,dan nama anda juga akan disenarai sebagai salah seorang penderma untuk rumah ini.

Jika berminat,boleh bank-in kan ke bank saya BERSERTA NAMA DAN I/C : (Sila bagi butir peribadi yang betul,dan jika ada blog,sila nyatakan) dan hantarkan ke :

Ahmad Hud B.Ahmad Kamil
Maybank : 164548071551
CIMB : 14590004086527


ini alamat Rumah tersebut jika ingin terus ke rumah tersebut utk membuat sebarang sumbangan:
No 0614, Jalan J14, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Monday, October 15, 2012

Tips Untuk Para Isteri Beraksi Seksi Pada Sang Suami


Berbicara tentang aksi liar, pastinya para isteri menggeleng kepala tak sanggup melakukannya. Meskipun dengan suami sendiri. Namun apa yang tidak diketahui oleh kaum hawa adalah ada kalanya suami mendambakan isteri untuk beraksi dan sedikit liar tatkala melayannya.
Ia dianggap memberi lebih kepuasan seks dan menghangatkan lagi ghairah seksual. Tapi masalahnya apakah aksi liar yang boleh dilakukan tanpa dianggap keterlaluan oleh seorang wanita. Ini dia beberapa aksi yang boleh anda cuba:

Tampil seksi

Tak dapat dinafikan, pakaian yang seksi memang menyenangkan mata pasangan memandang. Ia cukup mudah untuk membuatkan seseorang lelaki bernafsu. Wanita juga tidak terkecuali, melihat diri dengan pakaian seksi turut akan menimbulkan perasaan ghairah untuk bersama suami.
Jadi kenakanlah pakaian-pakaian yang boleh membangkitkan ghairah seperti baju tidur jarang dan polos. Pergilah membeli sendirian dan setelah membelinya, persembahkan kepada suami kemudiannya. Cara ini sebenarnya membantu memberikan suami ghairah baru dari diri anda.

Panggilan Manja

Kalau selalu memanggil suami dengan perkataan ‘papa’, ‘abang’, ‘abah’ dan sebagainya, tukarlah nama panggilannya dengan sesuatu yang mesra dan berbeza. Antaranya seperti ‘sayang’ atau ‘darling’.
Panggilan lembut dan manja seperti ini seperti memberi satu kelainan perasaan suami terhadap diri anda. Makin sayang, manja dan juga makin berahi tatkala mendengar anda memanggilnya.

Fantasi erotik

Adakah anda berani mempersembahkan pada suami suatu yang erotis? Kenapa tidak? Bukankah anda isterinya. Lakukanlah jika ia mampu menaikkan ghairah seksual
suami pada anda.

Anda boleh cuba melakukan godaan-godaan yang seksi seperti suara manja dan perlakuan yang erotis. Godalah dirinya ibarat lakonan bintang filem barat dalam adegan romantis. Jangan malu melakukannya kerana anda akan memperoleh sesuatu yang berbeza dari suami.

Ambil alih peranan

Jadilah pasangan yang berani. Jangan hanya menerima saja apa yang suami berikan, sebaliknya ambillah inisiatif sendiri. Sebabnya kadang kala lelaki tidak menyukai tindakan isteri yang pasif dan hanya menerima. Beranilah tampil di depannya dengan suatu yang mengghairahkan. Anda harus berani mencuba perkara-perkara baru dan buatlah suami terpana dengan anda.

Minta untuk kali kedua Setelah selesai melakukan hubungan intim dengan suami, tak salah kalau anda memintanya untuk kali yang kedua. Biarkan suami berehat seketika dan rangsanglah kembali ghairahnya. Tiada suami yang sanggup menolaknya dan tak mustahil inilah yang dikatakan sisi liar paling hebat dari diri anda buat suami. – Mingguan Wanita

Sunday, October 7, 2012

Playstation Mobile untuk Android Sudah Tiba !


Setelah sekian lama menanti,akhirnya release juga Playstation Store untuk Xperia dan HTC.
Playstation Store menawarkan games yang agak serupa seperti di PS Mini utk PSP.Buat ketika ini,baru 20 titles games yang release dan bakal bertambah tidak lama lagi.



Untuk sesiapa yang ada Xperia 2012 or Play,boleh download dibawah ini :



Monday, August 13, 2012

Seloka Aidilfitri THR Gegar dan Hood Kamil


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sekejap saja dah nak raya bukan?.Macam baru semalam saja dengar pengumuman raya di stesen TV,tau2 dis week kita akan menyambut aidilfitri.

Untuk entry kali ini aku just nak share dua video raya menarik untuk tatapan you guys,salah satunya merupakan video SELOKA AIDILFITRI yang dinyanyikan oleh DJ THR dan satu lagi SELOKA AIDILFITRI dendangan aku sendiri.(Part video aku takde rakaman2,just amik dari video karaoke...hehe)

So hope you guys enjoy especially video aku..hehe..bukan senang okeh nak menyanyi dua suara dalam satu masa.Selamat berpuasa semua !

*Seloka Aidilfitri oleh Penyampai Radio THR*


*Seloka Aidilfitri oleh Hood Kamil*

Thursday, August 9, 2012

Happy Besday Faizan

 *Perwatakkan yang CERIA beliau disenangi rakan2*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini sekadar ingin memberi penghargaan kepada birthday boy kita untuk hari ini,Encik Faizan @ Poojat . Beliau merupakan graduan SeGi College pada tahun 2009 dan kini menetap di kajang ,Selangor.
*Dikatakan kembar Nabil Raja Lawak oleh kawan2 nya *

Beliau digambarkan sebagai seorang jejaka yang pemalu tetapi tersimpan suatu sifat suka membuat jenaka ketika bersama dengan rakan-rakannya yang rapat.Selain itu,beliau mudah didekati dan peramah orangnya.Sifatnya yang tidak sombong membuatkan beliau mudah untuk mendapat rakan baru mahupun teman wanita (jika mahu).

*Bergaya...cuba menandingi Yusri Tamrin dalam bergaya*

Beliau menggemari fesyen casual dan tidak terlalu funky seperti rakan beliau ,yusri tamrin.Imej yang sering ditonjolkan amat simple dan dan bergaya utk dikenakan dalam pelbagai keadaan.


* Berbakat dalam photography*

Akhir kata ,SELAMAT HARI JADI dan semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya..Insyallah =)

*Sentiasa menjadi igauan *

Ikue Si Pemilik Suara Pikachu

*Ikue Ohtani ; Seiyu kepada watak Pikachu*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pernah tengok Pokemon?..kenal dengan watak Pikachu?..Kali ini aku just nak share serba sedikit mengenai pelakon suara @ seiyu watak pikachu ini.Ikue Ohtani,dilahirkan pada 18 Ogos 1965 dan telah melakonkan banyak watak anime dan watak popularnya adalah Pikachu yang sehingga kini masih diguna pakai di seluruh siri Pokemon di Jepun mahupun seluruh negara.


Petikan video daripada Youtube

10 Sifat Wanita Yg Perlu Lelaki Faham

 * Sekadar Gambar Hiasan dari Google Image*


KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

Hari ini aku berkongsi dengan u guys, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.;)

* SENSITIF

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

* CEREWET

Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

* HALUS

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.


* IKHLAS

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

* PERASAAN

Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

* PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

* MANJA

Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

* EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
* CINTA

Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu! (Kebiasaannya la,tak semua..hee..)

* SEKS

Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

P/S : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?tepuk dada tanya diri u guys...=)






Senangnya Silap Mata Bersama Daniel Chesterfield

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.Ini merupakan entry ke 2 untuk hari ni khas bulan puasa.
Korang suka tengok magic tak? aku percaya mesti ramai yang suka tengok magic terutamanya budak-budak kecik..yang dikatakan magic adalah apabila seseorang memotong anggota badan orang lain menggunakan chainsaw atau gergaji tapi orang yang dipotong badannya itu masih boleh hidup dan tidak mengalami kecederaan walau sedikit pun, boleh menghilangkan keretapi yang besar dengan sekelip mata..dalam erti kata lain melakukan sesuatu yang luarbiasa yang mampu membuatkan orang yang melihatnya tercengang, terkejut dan yang sewaktu dengannya..

Keajaiban yang disaksikan itu mungkin boleh menimbul keinginan segelintir orang untuk mempelajari magic tersebut..persoalannya sekarang susah ke nak belajar magic ni?mungkin ramai yang beranggapan nak belajar magic ni susah..Sebenarnya tak susah manapun..sesiapa pun boleh belajar..aku cakap camtu sebab aku dah tengok video kat bawah ni..Tak Pecaye ke?Kalau camtu cuba korang Tengok sendiri videodi bawah ini..lepas tengok gerenti korang setuju dengan apa yang aku cakapkan tu..hehe~

*Sila Komen di blog jika Sukakan video ini*

Pemerintah China Larang Muslim Uighur Puasa Dan Tarawih Sepanjang Bulan Ramadhan

*Sekadar gambar hiasan*

Muslim Uighur kembali menderita di bawah episod terbaru tindakan keras pemerintah China terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu, yakni berupa pembatasan atau pelarangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid. “Jika ada tokoh agama membahas Ramadhan selama kegiatan keagamaan, atau mendorong orang untuk ambil bahagian, maka mereka akan kehilangan lesen untuk berdakwah,” kata Dilxat Raxit, juru bicara Kongres Uighur Dunia yang berucap di Munich . 

Larangan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Bagi mereka yang ingin solat di Masjid mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk (berkumpul dan berbicara satu sama lain) 


“Kes yang lebih serius adalah penangkapan dan penghasutan bagi mereka yang melakukan ibadah, yang dinilai sebagai melanggar undang-undang,” katanya lagi. 

Dilarang Berpuasa 

Saat bulan suci Ramadhan bermula, Beijing ‘menampar’ Muslim China dengan pelarangan. Muslim China yang berada di bawah Pemerintah Propinsi Xinjiang, diminta menandatangani semacam ‘surat tanggung jawab’ yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan. 

“Puasa selama bulan Ramadhan adalah kebiasaan etnik tradisional, dan mereka diperbolehkan untuk melakukan itu,” kata seorang karyawan di pejabat pemerintah daerah di ibukota wilayah Urumqi. “Tapi mereka tidak diperbolehkan untuk mengadakan kegiatan keagamaan selama Ramadhan,” katanya menambah. 

“Anggota Parti dilarang berpuasa selama Ramadhan, begitu juga dengan PNS,” ujarnya lagi. Sementara perusahaan swasta menawarkan makan siang selama jam puasa kepada karyawan Muslim Uighur. Sesiapa yang menolak untuk makan boleh kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan. 

Para pejabat juga mensasarkan sekolah Islam, untuk menyediakan makan siang percuma selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan pelajar di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, kempennya pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap buka sepanjang hari. 

Sehari sebelum bermulanya bulan suci ramadhan bagi umat Islam China, setidaknya 11 orang tewas dalam serangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak berkuasa China menyerang minoriti etnik, setelah polis China menembak mati dua Muslim pada Minggu lalu. 

Serangan itu terjadi kurang dari dua minggu setelah 18 orang tewas dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pihak berkuasa China. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan ditetapkan sebagai tertuduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan isteri mereka yang mengenakan telekung. 

Ibukota Xinjiang, Urumqi, merupakan adegan kekerasan yang mematikan pada Julai 2009 ketika minoriti Muslim Uighur dibuang terkait dipembatasan China di wilayah tersebut. Pada hari-hari berikutnya, massa Han marah dan turun ke jalan dan melakukan balas dendam yang membawa kekerasan etnik China terburuk dalam dekad terakhir. 

Rusuhan tersebut mengakibatkan hampir 200 orang tewas dan 1.700 orang terluka, menurut angka pemerintah. Tapi Uighur, minoriti Muslim China yang berbahasa Turki Muslim, mengatakan jumlah korban jauh lebih tinggi terutama dari komuniti mereka. Pihak berkuasa China telah menghukum sekitar 200 orang, sebagian besarnya warga Uighur, atas kerusuhan tersebut dan dijatuhi hukuman, 26 dari mereka dijatuhi hukuman mati.


P/S : Sumber di alih bahasa dari IslamicNow

Monday, July 30, 2012

Kucing Pun Berbuka Puasa

*Yang Coklat tu TuPai dan yg Hitam tu Pabilo*

Assalamualaikum, entry kali ni just nak share pic kucing aku dirumah dimana kebelakangan ni sangat sangat sibuk nak berbuka puasa sekali,padahal tengah hari tadi dah bagi makan.hehe~


Yang Kaler coklat tu ekor bulu lebat tu namanya Tupai,kenapa tupai?sebabnya dia berkemampuan panjat rumah batu bila dia terketar2 sangat nak masuk rumah.Hat satu lagi tu pula Pabilo,reason nama dia mcm tu takde...adik lah pandai2 bagi nama...hehe..


Jangan lupa mencuba access blog ini melalui mobile ! lebih mantap dan padat ! =)

Si Kacak Yusri Tamrin

*wajah kacak; yang sering menjadi kegilaan anak gadis kini*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini aku nak me"market"kan kawan-kawan aku di blog.So kita mulakan dengan salah seorang darinya.

Yang berada diatas ini dikenali sebagai Yusri Tamrin,baru sahaja berumur 25 tahun dan kini menetap di Desa Pandan,Kuala Lumpur.Dengan berpegangkan pada trademark ,"aku insan hensem lagi kachak",beliau dengan yakinnya melangkah ke dunia photography yang kini menjadi periuk nasi beliau.

* Trend setter-itulah jolokan yg diberikan oleh rakan-rakan*

Beliau juga menambah bahawa beliau kini sedang mencari lebih ramai lagi rakan yang boleh menerima kekacakkan beliau dgn hati yang terbuka.Yusri berseloroh berkata beliau risau jika ada rakan-rakan yang berasa cemburu akan kelebihan yang dimilikinya.

* Senyuman tidak lekang dari bibir antara kelebihan yg dimiliki*



Mr Bean Di Olimpik London

*Aksi Rowan Atkinson Dimalam pembukaan Olimpik*
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Macam kenal bukan dengan mamat diatas ni kan?...ya,mamat inilah yang menghiburkan kita semua dengan lawak spastik beliau sebagai Mr.Bean suatu ketika dahulu malah program tersebut sangat popular seluruh dunia.


Al-kisah untuk entry kali ini,aku just nak share link dimalam pembukaan Olimpik London 2012 dimana beliau ( Rowan Atkinson ) membuat persembahan secara live untuk opening sequence malam pembukaan olimpik.

*Sebahagian aksi lucu dari klip pembukaan*

Mungkin dah ramai dah tengok,but for those yang tak tonton lagi klip ini,boleh stream klip tersebut dibawah.;)




Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...