Orang-orang tua berkata, basuh kaki sebelum tidur supaya tidak mengigau atau bermimpi buruk. Betulah petua itu? Jika kita membuat analisis maka ada kewajarannya kerana basuh kaki itu satu rukun dalam wuduhuk. Maka jika kita tidur dalam wudhuk kita berada dalam peliharaan Allah.
Seperkara perlu diingat, mimpi dikatakan mainan tidur kerana apa yang kita fikirkan dalam pemikiran akan hadir dalam mimpi. Apa yang kita rungsing pasti akan mendatangi kita saat kita tidur. Mudah sahaja, perhatikan kanak-kanak, apabila mereka lasak bermain ia dibawa ke alam mimpi mereka hingga ada kanak-kanak yang menangis sewaktu tidur, ketawa mengekek-ngekek. Oleh itu jika minda berada dalam keadaan rasional hati tidak gundah kita jarang bermimpi yang bukan-bukan. Sama juga jika kita berfikir perkara negatif maka perkara buruklah yang datang dalam mimpi kita. Ini juga berlaku sewaktu kita dalam kenpenatan, atau ada beban tugas yang banyak maka ia bukan semata-mata menganggu tidur kita, bahkan ia juga memberi mimpi yang pelbagai.
Soalannya, bolehkah percaya pada mimpi. Jika tidak boleh percaya kepada mimpi kenapa Allah memberi anugerah kepada Nabi Yusuf boleh mentafsir mimpi. Dan disebut dalam Al_Quran bagaimana kisah Nabi Yusuf mentafsir mimpi dan tafsiran itu menjadi realiti dan terserlah kebenarannya. Menjawab perihal ini, dari sudut pandang insan yang cetek ilmu seperti saya, kita sememangnya tidak boleh percaya tentang mimpi kerana dikhuatiri sewaktu tidur syaitan yang menganggu kita. Iblis membawa kita hanyut dalam mimpi. Oleh itu kita tidak harus percaya bulat-bulat kepada mimpi kerana dibimbangi mimpi itu akan menyebabkan kita bertindak tida wajar dan dek kerana percaya kepada mimpi tersebut maka akan membawa kepada kesan buruk dalam menjalani kehidupan seharian.
Contohnya mimpi suami kahwin lagi, atau isteri main kayu tiga kita percaya pada mimpi tersebut maka kita mula mengesyaki suami/isteri, lalu membawa bibit pergaduhan kerana kita mula tidak menaruh kepercayaan dan menyimpan persaan syak terhadap pasangan. Oleh itu berhati-hati dengan mimpi jangan sampai mimpi membawa mudharat kepada kehidupan.
Biarpun begitu dalam rawatan Islam sendiri mimpi tidak ditolak sembrono contoh ada yang mengatakan jika mimpi ular itu tandanya sihir. Pada saya unutk mentafsirkan sesuatu mimpi itu kita tidak dianugerahkan Allah mukjizat sebagaimana Nabi Yusuf, tetapi mimpi tidak juga boleh diketepikan semuanya. Apa yang terbaik pada hemat saya, mimpi itu sekadar memberi ingatan buat diri unutk lebih mempertingkatkan amalan dan doa. Abdainya kita bermimpi perkara yang tidak baik, maka wajar kita berdoa agar dijauhkan segala bala bencana tersebut. Andai betul berlaku seatu perkara sebagaimana mimpi kita, maka setidaknya kita telah berlapang dada dan boleh menerima sesautu ketentuan itu berlaku. Allah memberikan isyarat kepada kita melalui mimpi agar kita menyerahkan semua perkara hanya kepadaNya.
Pesanan saya, apabila tidur janganlah kita ingat apa yang buruk. Masa tidur unutk berzikir dan memohon ampun atas segala dosa sepanjang hari yang kita lakukan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja. Amalkan membaca tiga QUL, agar tidur kita lena dalam jagaanNya. Jika susah unutk tidur atau mendapat ganguan mimpi yang pelik atau buruk, maka bangunlah dari tidur dan solat taubat, semoga Allah ampunkan dosa. Mimpi itu datang kerana ia sekadar ingatan Khaliq kepada hambanya agar bangun dan bermunajat kepadaNya semata.
Wallahuaalam.
Sumber-sumber yang saya baca adalah melalui sini ( dari terbaik hingga ke paling corot ) :
1 http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/07/mimpi-dan-tafsiran-nak-ercaya-atau-pun.html
2 http://ahnafhilmi.blogspot.com/2009/03/agama-percaya-kepada-mimpi.html
3 http://janggout.blogspot.com/2011/12/boleh-ke-percaya-pada-mimpi.html
No comments:
Post a Comment