Saturday, October 29, 2011

Datuk Yusuf Haslam dan Henset Cabuknya

Datuk Yusof Haslam akhirnya telah ‘melanggar pantang’ apabila terpaksa menggunakan telefon bimbit selepas diminta oleh isterinya Datin Fatimah Ismail. Dalam masa yang sama ia dapat memudahkannya untuk menjalankan urusan perniagaan selain selepas ditegur oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang sukar menghubunginya.

Selama 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit membuatkan dirinya bebas dengan sebarang gangguan selepas waktu pejabat. Segala urusan penting katanya memadai dihubungi menerusi talian tetap di pejabat ataupun di rumah.

Bagaimanapun apabila terlalu banyak rungutan termasuklah daripada pihak media yang sukar mendapatkan beliau, akhir sekali isterinya menasihatinya supaya menggunakan kemudahan berkenaan.

“Isteri saya membelikan telefon Blackberry untuk saya guna tapi saya tak tahu. Akhirnya saya pakai telefon “cap ayam” cukuplah. Nombornya nampak besar dan senang nak buat panggilan.

Terus terang saya katakan apabila saya pakai telefon bimbit, hubungan saya dengan pihak media semakin rapat. Mereka senang nak cari saya. Malah isteri saya pun tak melarang saya lagi.

Tapi terus terang saya katakan, nombor telefon ini saya tidak akan berikan kepada artis terutamanya artis-artis wanita. Saya tak mahu kejadian lama berulang lagi,”

Yusof tidak menggunakan telefon bimbit selama ini selepas dia diganggu oleh pelakon wanita popular menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan telefon.Kejadian itu menimbulkan perselisihan faham di antara beliau dengan Fatimah sehinggalah beliau membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi telefon bimbit sebagai bukti kesetiaan dan cinta kepada isterinya.


ps: berprofile rendah juga Datuk ni yer. jarang dapat lihat orang kaya berprofile seperti ini, jangankan orang kaya, segelintir artis baru pon dah berlagak sangat. huhu. Baguslah, murah rezeki selepas ini, amin2.. Macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Sumber dari izyan.com.

No comments:

Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...