Friday, April 5, 2013

Tahniah Ajie dan Ziema ~ Majlis Pertunangan Termeriah Sentul ~

Pasangan Ajie dan Ziema
5 April 2013

Allhamdullilah selesai sudah majlis pertunangan dua sahabat baik aku ,Nor Azima dan juga Mohd Nazrie.Walaupun aku sendiri tidak dapat menghadirkan diri,aku tumpang gembira kerana kawan susah senang aku akhirnya already going to the next level of their relationship ! (ecehh! speaking pula..haha)


5 sahabat seDegree ; Chika,Dil,Ajie,Ziema,Pejal

Mereka berkenalan sejak selepas sekolah lagi dan meneruskan perhubungan mereka hingga ke diploma dan degree.Ziema ni macam seorang ibu kepada aku sendiri dan juga ajie,apa saja salah kami seringkali ditegurnya.haha~

Aku pula berkenalan dengan mereka berdua ketika sama-sama study degree 2 tahun lalu.Mereka adalah kawan yang baik dan boleh diharap kadang kala.hehe~ dengan depa2 dua ni la pegi makan sama,duduk dalam kelas sama2 dan tak lupa karaoke sama2 =D

Latar belakang pentas yg menarik perhatian tetamu

Moga Allah merahmati perhubungan mereka dan hopefully sempat tgk depa diijabkabulkan in the future.Insyallah .Tahniah lagi sekali ajie dan zima....memuah u guys !! Kah3

Wednesday, December 12, 2012

Kulit Bagai Artis KPOP !

*Sekadar gambar hiasan IU*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Lama tak keluarkan entry baru.Bila post entry baru je tiba-tiba kuar pic IU . So apa isu untuk entry kali ni? Jom teruskan membaca artikel di entry ini sampai habis ok ! ;)


*Salah satu produk SNE - Beutskin Essence*

Entry kali ni just nak tolong promote produk kesihatan dan kecantikan dari SNE.SNE merupakan syarikat yang mempunyai pengalaman dalam menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikkan kepada pengguna.Salah satu produk popular atau pun flagship mereka adalah BEUTSKIN ESSENCE.

* Adira merupakan pengguna produk SNE *

Untuk pengetahuan you guys,artis tempatan seperti Adira juga merupakan salah seorang dari pengguna produk ini ye.Boleh tengok perubahan yang dialami beliau dari sebelum dan selepas dimana kulitnya semakin cerah dan lebih gebu berbanding sebelum mengamalkan produk ini.kan??kan??


*Bukti wujudnya sijil halal*

Mungkin ada yang tertanya2,halal ke produk ni?...kang ada B*** macamana?...jangan risau,produk ini telah diiktiraf kebersihan dan halal untuk digunakan oleh orang Islam.So apa lagi?..tak mau jadi santek santek,putih gebu ke?...keh3


*Juga pemenang anugerah produk*

Selain daripada produk kecantikan,terdapat juga produk-produk yang dapat membantu anak-anak menjana minda dan mengaktifkan saraf otak supaya pembelajaran lebih senang diterima.

*Lagi produk yang ditawarkan*

So kepada yang berminat nak tahu lebih lanjut,atau sekadar nak window shopping apa-apa produk kesihatan yang ada di internet,bolehlah hubungi atau berkunjung sendiri laman facebook :


 atau hubungi ejen produk ini terus :

Zaty
017-3104372

Wednesday, November 21, 2012

Gencatan Senjata Diisytiharkan di Gaza



GAZA, 22 Nov - Selepas lapan hari keganasan dilakukan oleh regim zionis di sepanjang sempadan Israel dengan Gaza dengan majoriti 150 kematian adalah rakyat Palestin, satu gencatan senjata telah diisytiharkan malam tadi Rabu, 21 November 2012.

Gencatan senjata, yang diumumkan dalam sidang akhbar bersama di Kaherah disaksikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton dan Menteri Luar Mesir Mohamed Kamel Amr, berkuatkuasa jam 9 malam tadi waktu di Gaza.

Rakyat Palestin di Gaza meraikan pengisytiharan tersebut di sepanjang jalan dengan tembakan senjata ke udara, dalam apa yang disifatkan sebagai kemenangan ke atas tentera Israel.

Menurut agensi berita negeri Mesir EGYNews, perjanjian tersebut menuntut Israel untuk menghentikan semua tindakan pencerobohan ke atas Gaza, termasuk pencerobohan dan keganasan terhadap orang awam.

Pembunuhan ketua sayap tentera Hamas Ahmed al-Ja'abari oleh tentera Israel, telah mencetuskan pertempuran dan keganasan kedua-dua pihak. Perjanjian itu turut menyeru rakyat Palestin untuk menghentikan semua tindakbalas terhadap Israel, termasuk tembakan roket dan serangan di sempadan. Lintasan sempadan akan dibuka malam Khamis, pergerakan orang ramai dan barangan merentasi sempadan turut dibenarkan

Perjanjian itu dimeterai selepas rundingan sehari suntuk melibatkan Clinton, Presiden Mesir Mohamed Morsy dan pegawai-pegawai Palestin.

Jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev berkata perjanjian itu dilihat sebagai 'pemberhentian lengkap dan total semua aktiviti permusuhan yang dimulakan di Semenanjung Gaza'. "Bagi kami, itulah kemenangan. Itulah apa yang kami mahukan," katanya.

Walaubagaimanapun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran tindakan ketenteraan mungkin akan diperhebatkan jika gencatan senjata gagal dipatuhi dalam mencari perdamaian dan keselamatan jangkamasa panjang.

"Buat masa ini, perkara yang perlu dilakukan negara Israel adalah untuk mengambil peluang ini bagi mendapatkan gencatan senjata untuk satu jangkamasa panjang, "katanya.

Sejak lapan hari yang lalu, Israel telah melancarkan serangan bertubi-tubi dengan matlamat untuk menghentikan serangan roket terhadap Israel dari dalam Gaza.

"Percubaan mereka telah memakan diri sendiri," kata Khaled Meshaal, pemimpin politik Hamas. "Mereka mahu memusnahkan setiap infrastruktur dan penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Mereka mendakwa mereka berbuat demikian akibat diserang, dan mereka sebenarnya berbohong. Mereka (Israel) telah bankrap idea. "

Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...