Friday, September 30, 2016

Xiaomi Mi5 - Prestasi Flagship Pada harga Mid-range

Xiaomi mungkin nama asing bagi sesetengah pihak yang tidak mengikuti arus perkembangan dunia smartphone dunia.Tetapi bagi penggemar smartphone,Xiaomi merupakan syarikat pengeluar Smartphone dari China yang terkenal dengan jualan smartphone mid-end dan high-end pada kadar harga jauh lebih murah dari nama-nama besar seperti Sony atau Samsung.


Kini telah masuk 8 bulan keluaran terbaru Xiaomi iaitu Mi5 dilancarkan di dunia.Seperti siri-siri sebelumnya,Mi5 mengekalkan identiti Flagship dengan harga yang lebih murah dari pesaing-pesaingnya.


Spesifikasi


Xiaomi Mi 5 didatangi dengan 3 variasi iaitu :

32gb/3gb ram,64gb/3gb ram dan juga 128gb/4gb ram.

Berikut merupakan perbezaan spesifikasi untuk kesemua variasi :

CPU/GPU : Snapdragon 520/Adreno 530
Quad-core (2x1.8 GHz Kryo & 2x1.36 GHz Kryo) - 32gb/3gb ram
Quad-core (2x2.15 GHz Kryo & 2x1.6 GHz Kryo) - 64/128gb /3 atau 4gb ram


Tidak kira mana-mana variasi yang menjadi pilihan anda,Mi5 menjanjikan prestasi terbaik kerana ianya dilengkapi dengan processor terkini yang juga terbina pada Samsung Galaxy S7 edge atau pun Sony Xperia X Performance.


Setelah mencuba untuk beberapa bulan phone ini(saya menggunakan variasi 32gb/3gb ram),segala urusan atau penggunaan smartphone tersebut sangat cemerlang.Tiada tanda-tanda berlaku slow atau lagged di interface phone ini.

Bagi penggemar permainan definisi tinggi,segala games yang dimainkan tiada masalah.Jika berlaku sedikit lagged dalam permainan seperti asphalt 8,ianya disebabkan game tersebut yang tidak dioptimizekan sepenuhnya.

Carta pemarkahan performance smartphone tahun ini

Kamera pada Mi5 dapat menghasilkan gambar yang agak baik lebih-lebih lagi pada kondisi cahaya yang terang.Ianya dilengkapi dengan 16MP kamera utama yang mempunyai teknologi phase detection dimana setiap gambar dapat disnap dengan pantas.Kamera hadapan pula dilengkapi dengan teknologi ultra-pixel dimana ianya dapat menyerap lebih banyak cahaya masuk untuk menghasilkan gambar yang baik.Sekurang-kurangnya rakan-rakan anda dapat mengecam wajah anda. =)

Walaupun bateri 3000Mah dianggap standard untuk masa kini,Mi5 dapat bertahan sehingga 11 Jam lebih dengan baki bateri sehingga 45% dengan penggunaan yang agak berat.

Hasil dari kamera hadapan

Phone ini dijual pada harga serendah RM1190++ untuk set import manakala untuk set Malaysia dalam lingkungan RM1500++.(Harganya separuh lebih murah dari galaxy s7 edge)

Secara konklusinya,Mi5 merupakan phone yang patut anda cuba kerana spesifikasinya menandingi flagship yang sedia ada walaupun ada kekurangan seperti kadangkala kamera tidak fokus dgn dengan tepat ketika rakaman video 1080p.

1 comment:

Mohd Hafizzul said...

Thumb up. nice blog review.

Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...