Thursday, August 25, 2011

Countdown to June 2012

Ada apa dengan bulan keramat ini?...Yes,as far as you know that was a month I was born.Sudah semestinya takde kaitan dengan birthday aku.hehe

Bermulanya bulan baru nanti,perjalanan hidup aku akan menjadi lebih mencabar,lebih berliku kata orang.Seakan-akan berduri tetapi tidak,cuma nak menghadapinya itu aku kena banyak bersabar,penat dan tidak kenal erti putus asa.

Pada aku,perkara ni banyak mengajar aku supaya lebih berdisiplin dari pelbagai aspek terutamanya kewangan.Mungkin kalau dulu aku boleh berbelanja sesuka hati,tetapi sekarang ni aku kena mengawal perbelanjaan supaya tidak membazir.

Boleh tak kalau aku tiba-tiba cerita mengenai pertunangan?.Apa yang u guys faham tentang bertunang ni?konon-konon dapat lesen besar untuk berpegang-pegang dengan kekasih?..macam tu?.bertunang ni walaupun dengar macam mudah,sebenarnya tanggungjawabnya tinggi.Orang kata ianya seperti pra-tanggungjawab sebelum berkahwin.

Dan adakah kalau nak bertunang muda ini salah?,jika merujuk kepada artikel-artikel dan bahan bacaan yang aku baca,sebenarnya kahwin awal dan bertunang awal ini elok dan sangat digalakkan.Selain daripada dapat mengelakkan maksiat,kita sebenarnya dapat melatih diri kita supaya menjadi lebih bertanggungjawab.

Bertunang.....apabila kita menjadi tunangan orang,baik pun lelaki ataupun perempuan,rasa tanggungjawab dan komitmen itu akan datang dalam diri.(Melainkan orang tu memang tak paham bahasa la).Bermula sahaja menjadi tunangan,pasangan dah kena mula mencari rezeki dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan pula.Ianya satu tanggungjawab bersama,bukan lelaki sahaja,tetapi si perempuan juga.

Berbalik pada plan aku,I've been expecting to collect about RM2400-3000 bila tibanya Jun 2012.Dengan taraf sebagai seorang student,masa yang aku ada untuk mencari wang adalah amat terhad.Barangkali dengan buat bisnes sahaja lah boleh topap2 dekat mana yang kurang.

Sejujurnya,aku memang sangat risau jika hasil simpanan tidak mencapai target.Jika tak capai target,maknanya makin lambat la...risau pulak nanti dikebas orang...ehehe.Tapi nak tak nak,kena banyak2 berdoa...supaya apa yang dirancang dan dihajati ini termakbul jua.Amin.

Sebenarnya,post kali ni just sebagai peringatan kepada diri sendiri,supaya tidak lupa pada janji dan juga menjadi semangat untuk berusaha kearah itu.insyallah.=)

No comments:

Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...