Wednesday, August 31, 2011

10 fakta menarik tentang COKE

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang
dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta
laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.




Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna?





Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :




1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!




2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?




3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!




4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.





5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.




6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.




7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!




8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!




Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.




Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan/karat.




9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat
overhaul ni!




10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi.
7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan
Keluarga 69.




Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.




Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!




Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama
jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.




DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah!







Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency
jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas
anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass
sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains
kimia ni kat rumah.




Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali
sekala! ]Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Tuesday, August 30, 2011

Lawak alih bahasa 3 - kisah phone part 2


Kali ni lebih serius skit..hehe..konflik paling dahsyat skali..=p

Lawak alih bahasa 2 - kisah phone


The rock marah sgt kerana beliau tidak diajak mandi sungai bersama2 dan dituduh tidak melarang untuk membawa phone..Enjoy...=)

Lawak alih bahasa 1 - temuramah bersama rooney


Pakcik ni rasenya dah lama kene penyepak kalau betul dia kurang ajar mcm nih..hehe

Monday, August 29, 2011

Xperia Neo V dan Update Android 2.3.4

Malaysia might have not yet received the Sony Ericsson Xperia Neo that was launched at Mobile World Congress in Barcelona earlier this year but guess what, its successor – the Xperia Neo V – has already been officially unveiled earlier this week. At one glance, the new Neo V does look identical to the original Neo; in fact, they do share a number of hardware such the 1GHz Qualcomm Snapdragon MSM8255 processor and 3.2-inch Reality Display with Mobile Bravia engine.

However, the Neo V comes with a different 5-megapixels main camera that is not equipped with the Sony Exmor R sensor that the original Neo's 8-megapixels camera has. No pricing has been announced yet but Sony Ericsson has said that the Neo V will be heading to selected market throughout the world in Q4 2011.

In addition to the new device, Sony Ericsson has also announced Android 2.3.4 update – comes standard with Xperia Neo V - that is going to be rolled out starting this October to all 2011 Xperia devices. The new update will bring along couple of new features and improvement to the operating system such as Google Talk with Video Chat for Xperia devices with front-facing camera, Sony's 3D sweep panorama capability, Facebook inside Xperia 2.0, support for USB devices through Sony Ericsson LiveDock, swipe text input and screen capture.

Okay,sumber dari lowyat.NET...bukan curi but share saje ok..ehehe =)

Friday, August 26, 2011

Lampu Chop ??! aik?!


Siapa rasa nak makan lampu??..one of the spelling mistake paling best !! =)

Majalah i keluaran Karangkraf

Dapatkan beberapa panduan sambutan hari raya dan beberapa pengisian bermanfaat dari majalah-i terbitan karangkraf, keluaran Sept 2011.

Thursday, August 25, 2011

Magic itu silap mata - Cyril Takayama


Kenal mamat ni?..yup!! Cyril Takayama ..ahli silap mata kacukan yang biasa kita tgk di AXN sebelum ni.So apa kena mengena dgn entry kali ni?....Sebenarnya aku just nak share video magic lama aku,ntah macamana boleh terjumpa di YOUTUBE...so hope u guys enjoy...hehe~


Malam Lailatul qadar - kubah ditanah ?!


Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. pandai, " sambung Abah memaki lagi

*moral of the story.. selalu-selalu lah g masjid

Samsung Galaxy Ace


Samsung Galaxy ace.Satu lagi mid-ranged smartphone dengan 800 mhz processor,512mb RAM,3.5 capacitive touchscreen dan tak lupa juga 5MP camera.=)

Samsung Galaxy Gio -bajet tapi pantas


Another mid-ranged smartphone yang boleh dikatakan amat berbaloi pada wang ringgit dan juga fungsinya.dengan skrin 3.2 inch dan 800 mhz processor,dah cukup bagi sesiapa yg gemar melayari internet,movie dan juga music !!....

Shopping Raya ,sudahkah anda?




Salam,esok tiba pula masanya untuk aku membeli belah barangan raya aku,memandangkan adik-adik perempuan aku semuanya dah siap sakan dengan baju-baju baru.

Tadi masa tengah tengok Kasih Alia kat TV3 masa berbuka mak cakap begini :

Mak : abang,esok kita pegi beli baju raya?
aku : baju raya ? esok?
Mak : tak mau ke?tak mau jimat skit..hehe
aku : Nak,pergi bila ?pukul brapa mak?
Mak : Pagi la kot,tak panas sangat.
aku : Esok jumaat laa..ke nak pergi lepas solat..?
Mak :esok bukan khamis ek?..hihi..ok2,esok pergi lepas solat.

Apalah mak aku,berapa kali khamis dia nak lalu dalam seminggu.hehe.So esok,happy shopping to me la gamaknya..boleh paw mak beli makanan..hahaha =))


Sony Ericsson Xperia™ X8


Sony Ericsson Xperia x8

3.0 inch touch screen android smartphone . Gud one untuk siapa2 yang baru nak berjinak2 dengan android. =) nak tau spec boleh visit this link GSM ARENA- XPERIA X 8

Kenapa Lelaki Kahwin Lambat ?


"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :

1000 orang x RM 10 = RM10,000.

Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.

"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :

"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"

"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."

"Tapi mak..?"

"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"


Kalau ini lah apa yang ibubapa anda cakapkan atau fikirkan,pihak lelaki ada baiknya pergi je lah cari perempuan lain. Untuk artikel penuh klik pautan dibawah :

iLuvIslam - Kenapa lelaki kahwin lambat

Countdown to June 2012

Ada apa dengan bulan keramat ini?...Yes,as far as you know that was a month I was born.Sudah semestinya takde kaitan dengan birthday aku.hehe

Bermulanya bulan baru nanti,perjalanan hidup aku akan menjadi lebih mencabar,lebih berliku kata orang.Seakan-akan berduri tetapi tidak,cuma nak menghadapinya itu aku kena banyak bersabar,penat dan tidak kenal erti putus asa.

Pada aku,perkara ni banyak mengajar aku supaya lebih berdisiplin dari pelbagai aspek terutamanya kewangan.Mungkin kalau dulu aku boleh berbelanja sesuka hati,tetapi sekarang ni aku kena mengawal perbelanjaan supaya tidak membazir.

Boleh tak kalau aku tiba-tiba cerita mengenai pertunangan?.Apa yang u guys faham tentang bertunang ni?konon-konon dapat lesen besar untuk berpegang-pegang dengan kekasih?..macam tu?.bertunang ni walaupun dengar macam mudah,sebenarnya tanggungjawabnya tinggi.Orang kata ianya seperti pra-tanggungjawab sebelum berkahwin.

Dan adakah kalau nak bertunang muda ini salah?,jika merujuk kepada artikel-artikel dan bahan bacaan yang aku baca,sebenarnya kahwin awal dan bertunang awal ini elok dan sangat digalakkan.Selain daripada dapat mengelakkan maksiat,kita sebenarnya dapat melatih diri kita supaya menjadi lebih bertanggungjawab.

Bertunang.....apabila kita menjadi tunangan orang,baik pun lelaki ataupun perempuan,rasa tanggungjawab dan komitmen itu akan datang dalam diri.(Melainkan orang tu memang tak paham bahasa la).Bermula sahaja menjadi tunangan,pasangan dah kena mula mencari rezeki dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan pula.Ianya satu tanggungjawab bersama,bukan lelaki sahaja,tetapi si perempuan juga.

Berbalik pada plan aku,I've been expecting to collect about RM2400-3000 bila tibanya Jun 2012.Dengan taraf sebagai seorang student,masa yang aku ada untuk mencari wang adalah amat terhad.Barangkali dengan buat bisnes sahaja lah boleh topap2 dekat mana yang kurang.

Sejujurnya,aku memang sangat risau jika hasil simpanan tidak mencapai target.Jika tak capai target,maknanya makin lambat la...risau pulak nanti dikebas orang...ehehe.Tapi nak tak nak,kena banyak2 berdoa...supaya apa yang dirancang dan dihajati ini termakbul jua.Amin.

Sebenarnya,post kali ni just sebagai peringatan kepada diri sendiri,supaya tidak lupa pada janji dan juga menjadi semangat untuk berusaha kearah itu.insyallah.=)

Wednesday, August 24, 2011

GT 10.1 Pesaing iPad 2 ??


Fewiit !! awek samsung!..ok,bukan ini motif kita

ini dia! pesaing iPad 2 yg paling mengancam !! nak ?!
Mudah klik sini utk sertai peraduan ----> KLIK SINI

Cari Benda Tersembunyi


Anda peka?Rasa mata anda memang tajam?..cari beberapa benda tersembunyi didalam gambar ini.klik utk besarkan.=)

Bila tuan blog tiada kerja



HAHA....yes! saya sedar saya JAKUN dengan webcam.Gambar ni tertangkap secara tak sengaja.(Lupa matikan webcam,tiba2 tertangkap ! ) ^__^

p/s : Baru perasan ada jerawat kat hidung...how sweet !! <3

Wanita insan yang hebat


"Pelbagai persoalan tentang wanita sering dikemukakan dan diulas serta menjadi isu utama perbincangan sejak berdekad yang lalu. Malah perdebatan hal-hal yang berkaitan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman. Sungguh hebat seorang wanita, nama dan statusnya juga turut tertulis di dalam al-Quran serta sering disebut dalam lipatan sejarah.
Khadijah isteri Rasulullah saw., Maryam ibu Isa as., Asiah isteri Firaun, Khaulah al-Azwar Penghayun Pedang Perang, Zainab al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. Termasuk juga wanita hebat yang melahirkan dan membesarkan kita."

Artikel ini menceritakan bertapa hebatnya kaum wanita itu disisi Islam itu sendiri.Untuk bacaan penuh artikel ini,klik pautan di bawah :

iLuvIslam - Wanita Insan Hebat

Penangan Korea ke DiGi


Salam semua.Maybe ramai dah perasan tentang iklan DiGi ni kat TV.Saja nak share lagi skali disini..fuh!! penangan k-pop dimalaysia ni terlalu hangat sampaikn DiGi sendiri ambil kesempatan utk promote broadband mereka...btw enjoy!!

p/s :maaflah...kpop2 ni not my taste...tak diterima tekak...=p

Blog Diberi Nafas Baru


Setelah sekian lama nak kan perubahan pada blog,akhirnya terbuatlah juga make-over yang aku rasa tak berapa over.(mungkin nampak colourful skit,but to me just nice.ehe)

Maybe its not a very big change sangat....but this is what I'm expecting for so long.Nak UPGRADE blog konon-kononnya...HAHA..allhamdullilah tak jadi hodoh.Btw,u guys mesti noticed dimana terdapat poster filem kegemaran aku kali ni.YES!! Johnny English Reborn!!..

Since banyak yg dah upgrade...visitor counter pun dah tukar,but hope so keep lalu lalang for my traffic ea..=p

model MacBook yang baru.

apple Macbook yang baru...ehehee

Harga untuk sesuatu yang tiada ??


Harga untuk sesuatu yang tiada adalah RM50??

Dosa-Dosa & Facebook -Ustaz Zaharuddin


Aku yakin seyakin yakin’nya bahawa 9 daripada 10 pelayar blog ni mempunyai akaun Facebook dan sekali lagi aku yakin bahawa tiada satupun dari 9 tersebut yang mengambil berat akan dosa-dosa yang mungkin berlaku tanpa sedar mahupun secara sengaja. Maka dengan itu, aku rasa teruja untuk berkongsi hasil tulisan Ustaz Zaharuddin melalui blog’nya yang bertajuk Dosa-Dosa & Facebook. Harap korang baca..

* * *

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-



1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.


Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.


Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.


Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.


Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.


Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar


Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.


Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.


Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.


Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.


Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini.


3) Penyamaran


Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.


Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.


Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.


Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.


Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.


Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a – Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.


b – Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.


c – Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.


Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.


Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN


Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.


Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.


Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman


Hood says: Sebenarnya bukan Facebook sahaja malah apa yang dituliskan oleh Ust Zaharuddin ni merangkumi semuanya termasuklah blog. Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.

Mukjizat disebalik Bismillah

BISMILLAH adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz ‘BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM’ yang bermaksud ‘Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.’Disini aku nak berkongsi sedikit maklumat mengenai kelebihan bismilah dengan you guys.Harap2 info ini dapat membantu kita ,insyallah.

KELEBIHAN MEMBACA BISMILLAH:

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. ‘BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ‘ (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat keatasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ‘

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wallahualam



Abang Coca Cola Yang Seksis


Tengah2 browse internet aku terjumpa pulak gambar lawak ni yang aku rasa WAJIB disharekan pada you guys..hehe..pada yang belum tgk...sila2 kan....auwww~ =p


Tuesday, August 23, 2011

Maksud Beatles Menurut Google Translate

Menurut Google Translate, apabila Beatles diterjemahkan ke bahasa Melayu, ianya bermaksud Siti Nurhaliza. LOL



tak caya cuba la sendiri...keh keh keh!!

Sunday, August 21, 2011

Koleksi Fesyen Lady Gaga yg sangat PELIK!



Ada tak peminat Lady Gaga yang lepak sini? Kalau ada sila angkat tangan yer. Hehe.. Takde la, gurau je. Kalau korang tanya kat kami samada kami minat atau tak kat Lady Gaga ni, of course la kami akan cakap tak minat sebab takde benda pun kami nak minat kat beliau. Tapi kalau korang tanya samada kami minat kat lagu-lagu beliau, kami akan jawab YES sebab lagu-lagu beliau memang best. Huhu.. Camne tu?

Antara lagu beliau yang berjaya menambat hati dan juga halwa telinga kami ialah Bad Romance, Paparazzi, Poker Face, Love Game dan beberapa lagu yang lain. Senang cakap, hampir kesemuanya. Hehe.. Tapi serius yang lagu-lagu Lady Gaga ni memang best. Tak percaya, korang try la dengar sendiri.

Opss.. Dah panjang plak melalut. Ok ok, back to topic. Huhu.. Sebenarnya kami nak paparkan beberapa gambar Lady Gaga dengan fesyen’nya yang kelihatan sungguh pelik bagi kami dan korang juga mungkin. Kalau korang adalah peminat si Lady Gaga, mesti korang tahu apa yang kami maksudkan ni. Baiklah, tak perlu buang masa lagi. Jom layan koleksi gambar Lady Gaga dengan fesyen’nya yang ntah apa-apa ntah kat bawah ni.

P/S : Credit to zonartis.com utk gambar-gambar dibawah,just take it and share here...=)





Keadaan tren di china yg sgt "cantek" =)



Apa tidak menjijikkan? Keadaannya tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah. Anda lihatnya sendiri.

Thursday, August 18, 2011

Akibat Kantoi Skodeng, Jiran Tunjuk ehem2 Sebagai ‘Hadiah’

Akibat kantoi skodeng, jiran tunjuk tetek sebagai ‘hadiah’.

Mungkin pelik bunyi kan? Tapi anda tengok sendiri gambar kat bawah ni.










jeng,jeng,jeng !!!







Nah, hambik kau (dalam hati wanita tu). lol

Kalau nak tengok versi video punya, rajin-rajinlah cari kat YouTube. Hee..


p/s : sy jumpa dalam tenet je ea nih..=p

Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...