Assalamualaikum dan salam satu malaysia.(heh..ada serupa pembaca berita RTM tak?).Setelah sekian lama tak post apa-apa entry baru,apa kata kita mulakan dengan fakta menarik mengenai kopi.Saya tahu ramai disini adalah penggemar kopi bukan?.So jom kita terus ke fakta-fakta menarik tentang kopi =)
Ada beberapa fakta menarik bahawa sebe
narnya biji (tanaman) kopi, tidak begitu buruk sebagai minuman...bahkan cukup bermanfaat. Berikut 6 fakta menarik tentang kopi, yang dikumpulkan dari "ilmu kopi" yang tersebar dalam artikel-artikel tentang kopi di dunia:
1. Kafein mengurangi risiko kanser kulit. Lotion yang mengandung kafein (baik dari kopi dan teh hijau) telah terbukti dapat untuk mencegah terjadinya kanser tumor pada kulit - meskipun masih dalam tahap percubaan.
2. Kafein dapat mengurangkan risiko penyakit Parkinson. Sebuah penyelidikan selama 30-tahun(bukan dijalankan oleh saya ea =p) telah menunjukkan bahawa bukan peminum kopi memiliki kemungkinan lebih tinggi menghidapi penyakit Parkinson dibandingkan dengan mereka yang gemar minum kopi.
3. Kebanyakan orang Amerika mendapatkan antioksida
n dari kopi. Tetapi bukan bererti kopi adalah sumber antioksidan terbaik, hanya kopi termasuk yang paling banyak kandungannya kalau tak silap. Tapi, memang benar, kopi ini sangat tinggi antioksidan.(Tapi, antioksidan dari buah-buahan tetap terbaik!!)
4. Kopi dapat mengurangkan kemungkinan kematian akibat penyakit jantung. Lagi sekali penyelidikan menunjukkan bahawa dgn meminum kopi 4-5 cawan sehari dapat membuat anda terhindar dari mati akibat penyakit jantung. Para penyelidik berpendapat hal itu mungkin kerana ada hubungannya dengan efek anti-something(sorry..lupa nama benda tu) pada kopi.
5. Kopi dapat membantu memori jangka pendek anda. Ini mungkin kerana kesan kafein itu, suatu penyelidikan di Austria menunjukkan dimana seorang sukarelawan yang diberikan secawan kopi berkafein mempunyai reaksi yang lebih baik dan memori jangka pendek yang berfungsi lebih baik daripada mereka yang diberi secawan kopi tanpa kafein.
6. Tersenyum di pagi hari dengan secawan kopi, itu biasa bagi caffephile (pentegar kopi), kerana secawan atau dua cawan kopi biasa meningkatkan rasa ketenteraman dan kebahagiaan pada si peminum ini..hehe. ini kerana kandungan dopamin yg biasanya terkandung dalam kopi.
Jadi, anda para penikmat kopi, ingin terus atau berhenti minum kopi ?
1 comment:
weh mane ko~...call aku A.S.A.P....~punkjunk~
Post a Comment