Semakin hari semakin berleluasa aktiviti penyebaran fitnah yang dianggap konspirasi oleh sesetengah pihak membabitkan sesuatu hal yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.Daripada hal yang membabitkan isu keagamaan seperti Konspirasi Freemason untuk menguasai dunia sehinggalah ke topik hiburan yang membabitkan Anugerah Juara Lagu sekali.Konspirasi yang terbaru pulak membabitkan watak kartun kesayangan Malaysia iaitu watak kartun Upin dan Ipin yang dikatakan ada menyelitkan unsr-unsur yang menyokong Yahudi.Walaupun dari benak fikiran seorang manusia normal mengatakan bahawa semua ini adalah perkara dusta semata-mata,tetapi
percayalah akan ada manusia kudus yang akan percaya dengan konspirasi rekaan yang sememangnya dicipta buat manusia-manusia yang lemah untuk mempercayainya.Berikut merupakan petikan yang tersebar luas di ruangan laman sosial dan juga blog yang menfitnah Upin dan Ipin berserta sedikit ulasan berkenaan kenyataan tersebut.
**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN…***
***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***
Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud ” Aku suka Israel .”
Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.”U” bermaksud ” USA “”I” bermaksud ” Israel
Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.
LAGI SATU :
Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. ‘ i ‘ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘ Israel ‘ .4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.
1.Pemohonan maaf
Sememangnya satu tindakan yang bijak untuk memulakan perbicaraan dengan memohon maaf kepada semua peminat siri Upin dan Ipin disamping menyatakan yang hal ini masih didalam perhatian dan masih belum diketengahkan lagi.Adakah anda perasan yang anda sebenarnya sedang mengetengahkan cerita bohong ini .Yang pasti disebalik penulisan anda yang kelihatan agak bersopan santun dengan lagak agak baik,tersembul sifat kepura-puraan yang begitu menonjol didalam diri anda yang sememangnya berniat untuk menyebarkan fitnah .
2.Sebutan Uffin dan Ariffin
Sudah menjadi kebiasaan insan yang ingin memperbodoh-bodohkan orang untuk menulis maksud sesuatu perkataan yang dikira bahasa kuno atau dalam erti kata lain hampir pupus.Didalam kes ini,anda menggunakan bahasa Aramaic dan bahasa Syriac sebagai modal untuk berbicara bagi mengkotak katikkan pembaca.Adakah anda membuat kajian sebelum menulis?aku tidak dapat menafikan yang bahasa Aramaic merupakan bahasa yang menjadi pilihan masyarakat dikawasan asia barat (Termasuk kerajaan Mesophotamia) sekitar abad ke 12 sebelum masihi,namun persoalannya disini,wujudkah bahasa Syriac??
(Syriac tu bukan bahasa la sayang oii,Syriac tu dialek bagi bahasa Aramaic)
3.Huruf “U” dan “I” di baju Upin dan Ipin
Jika anda mentafsirkan yang “U” bermaksud USA dan “I” sebagai Israel,Aku pulak mentafsirkan “U” sebagai Uganda dan “I” sebagai India.Ada masalah?Ada perasaan tidak puas hati?
4.Agenda tersembunyi Upin dan Ipin
Dimanakah bahagian yang menunjukkan Upin dan Ipin ini mempunyai unsur-unsur agenda tersembunyi Yahudi sekaligus melemahkan/memesongkan akidah umat Islam.Adakah di tang gigi atau tang kukunya..Bagaimana pula pengajaran unsur-unsur Islamik yang diterapkan didalam cerita kartun ni.Pengajaran tentang doa makan,doa berbuka puasa,doa bersahur.Adakah itu unsur Yahudi??Kau ingat Upin dan Ipin ini keluaran MARVEL ke??
Pokemon,Doraemon,Digimon,dan Mamula Moon..TIMON——Terlupa ke??Ada unsur-unsur yahudi ni..
*Pokemon - Nama PIKACHU yg dlu nya dikatakan agenda yahudi,beb! nama PIKACHU tu nama jepun dan siri ini hak milik Jepun dan US sekadar membeli lesen utk diterbitkan dalam bahasa Inggeris disana,mana datang jepun berstongkol dgn yahudi pulak ni*
Setelah puas memberi penerangan mengenai konspirasi Upin dan Ipin dengan alasan yang agak lemah,kini tibalah pula masanya bagi beliau untuk menyasarkan gajet yang menjadi kegilaan masyarakat diluar sana iaitu iPhone 4G.Jengkel..
Kita selaku pembaca yang begitu terdedah dengan pelbagai sumber diinternet hendaklah bijak untuk memilih maklumat.Di ruangan siber yang begitu meluas ini,pelbagai pembohongan boleh dilakukan baik secara terang-terangan mahupun secara halus.Sebagai contohnya kes Anugerah juara lagudimana mereka yang taksub dengan konspirasi ini mendakwa kononnya acara tahunan tersebut mempunyai unsur illuminati dan Freemason..Begitu juga dengan kes Iklan TV3 yang telah ditarik balik.Padahal TV3 ini hanya bersifat kurang sensitiviti terhadap masyarakat kerana menyiarkan video seperti itu dihari perayaan Aidlilfiti.Itu sahaja.Sebaliknya mereka pula mereka cerita tentang itu la,tentang inilah sehingga mencipta satu huraian sendiri mengenai video tersebut.
Nota:Ada benda yang kita boleh baca sebagai pembacaan santai .Percaya jangan.
1 comment:
assalamualaikum.,jumpa link blog nih dari utube.,blog yang agak baik.,keep it up.,mohon share entry yg menarik ye.,
salam perkenalan dari Alahai~ jemput la ye^^
Post a Comment