Monday, August 13, 2012

Seloka Aidilfitri THR Gegar dan Hood Kamil


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sekejap saja dah nak raya bukan?.Macam baru semalam saja dengar pengumuman raya di stesen TV,tau2 dis week kita akan menyambut aidilfitri.

Untuk entry kali ini aku just nak share dua video raya menarik untuk tatapan you guys,salah satunya merupakan video SELOKA AIDILFITRI yang dinyanyikan oleh DJ THR dan satu lagi SELOKA AIDILFITRI dendangan aku sendiri.(Part video aku takde rakaman2,just amik dari video karaoke...hehe)

So hope you guys enjoy especially video aku..hehe..bukan senang okeh nak menyanyi dua suara dalam satu masa.Selamat berpuasa semua !

*Seloka Aidilfitri oleh Penyampai Radio THR*


*Seloka Aidilfitri oleh Hood Kamil*

Thursday, August 9, 2012

Happy Besday Faizan

 *Perwatakkan yang CERIA beliau disenangi rakan2*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini sekadar ingin memberi penghargaan kepada birthday boy kita untuk hari ini,Encik Faizan @ Poojat . Beliau merupakan graduan SeGi College pada tahun 2009 dan kini menetap di kajang ,Selangor.
*Dikatakan kembar Nabil Raja Lawak oleh kawan2 nya *

Beliau digambarkan sebagai seorang jejaka yang pemalu tetapi tersimpan suatu sifat suka membuat jenaka ketika bersama dengan rakan-rakannya yang rapat.Selain itu,beliau mudah didekati dan peramah orangnya.Sifatnya yang tidak sombong membuatkan beliau mudah untuk mendapat rakan baru mahupun teman wanita (jika mahu).

*Bergaya...cuba menandingi Yusri Tamrin dalam bergaya*

Beliau menggemari fesyen casual dan tidak terlalu funky seperti rakan beliau ,yusri tamrin.Imej yang sering ditonjolkan amat simple dan dan bergaya utk dikenakan dalam pelbagai keadaan.


* Berbakat dalam photography*

Akhir kata ,SELAMAT HARI JADI dan semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya..Insyallah =)

*Sentiasa menjadi igauan *

Ikue Si Pemilik Suara Pikachu

*Ikue Ohtani ; Seiyu kepada watak Pikachu*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pernah tengok Pokemon?..kenal dengan watak Pikachu?..Kali ini aku just nak share serba sedikit mengenai pelakon suara @ seiyu watak pikachu ini.Ikue Ohtani,dilahirkan pada 18 Ogos 1965 dan telah melakonkan banyak watak anime dan watak popularnya adalah Pikachu yang sehingga kini masih diguna pakai di seluruh siri Pokemon di Jepun mahupun seluruh negara.


Petikan video daripada Youtube

10 Sifat Wanita Yg Perlu Lelaki Faham

 * Sekadar Gambar Hiasan dari Google Image*


KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

Hari ini aku berkongsi dengan u guys, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.;)

* SENSITIF

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

* CEREWET

Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

* HALUS

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.


* IKHLAS

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

* PERASAAN

Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

* PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

* MANJA

Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

* EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
* CINTA

Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu! (Kebiasaannya la,tak semua..hee..)

* SEKS

Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

P/S : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?tepuk dada tanya diri u guys...=)






Senangnya Silap Mata Bersama Daniel Chesterfield

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.Ini merupakan entry ke 2 untuk hari ni khas bulan puasa.
Korang suka tengok magic tak? aku percaya mesti ramai yang suka tengok magic terutamanya budak-budak kecik..yang dikatakan magic adalah apabila seseorang memotong anggota badan orang lain menggunakan chainsaw atau gergaji tapi orang yang dipotong badannya itu masih boleh hidup dan tidak mengalami kecederaan walau sedikit pun, boleh menghilangkan keretapi yang besar dengan sekelip mata..dalam erti kata lain melakukan sesuatu yang luarbiasa yang mampu membuatkan orang yang melihatnya tercengang, terkejut dan yang sewaktu dengannya..

Keajaiban yang disaksikan itu mungkin boleh menimbul keinginan segelintir orang untuk mempelajari magic tersebut..persoalannya sekarang susah ke nak belajar magic ni?mungkin ramai yang beranggapan nak belajar magic ni susah..Sebenarnya tak susah manapun..sesiapa pun boleh belajar..aku cakap camtu sebab aku dah tengok video kat bawah ni..Tak Pecaye ke?Kalau camtu cuba korang Tengok sendiri videodi bawah ini..lepas tengok gerenti korang setuju dengan apa yang aku cakapkan tu..hehe~

*Sila Komen di blog jika Sukakan video ini*

Pemerintah China Larang Muslim Uighur Puasa Dan Tarawih Sepanjang Bulan Ramadhan

*Sekadar gambar hiasan*

Muslim Uighur kembali menderita di bawah episod terbaru tindakan keras pemerintah China terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu, yakni berupa pembatasan atau pelarangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid. “Jika ada tokoh agama membahas Ramadhan selama kegiatan keagamaan, atau mendorong orang untuk ambil bahagian, maka mereka akan kehilangan lesen untuk berdakwah,” kata Dilxat Raxit, juru bicara Kongres Uighur Dunia yang berucap di Munich . 

Larangan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Bagi mereka yang ingin solat di Masjid mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk (berkumpul dan berbicara satu sama lain) 


“Kes yang lebih serius adalah penangkapan dan penghasutan bagi mereka yang melakukan ibadah, yang dinilai sebagai melanggar undang-undang,” katanya lagi. 

Dilarang Berpuasa 

Saat bulan suci Ramadhan bermula, Beijing ‘menampar’ Muslim China dengan pelarangan. Muslim China yang berada di bawah Pemerintah Propinsi Xinjiang, diminta menandatangani semacam ‘surat tanggung jawab’ yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan. 

“Puasa selama bulan Ramadhan adalah kebiasaan etnik tradisional, dan mereka diperbolehkan untuk melakukan itu,” kata seorang karyawan di pejabat pemerintah daerah di ibukota wilayah Urumqi. “Tapi mereka tidak diperbolehkan untuk mengadakan kegiatan keagamaan selama Ramadhan,” katanya menambah. 

“Anggota Parti dilarang berpuasa selama Ramadhan, begitu juga dengan PNS,” ujarnya lagi. Sementara perusahaan swasta menawarkan makan siang selama jam puasa kepada karyawan Muslim Uighur. Sesiapa yang menolak untuk makan boleh kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan. 

Para pejabat juga mensasarkan sekolah Islam, untuk menyediakan makan siang percuma selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan pelajar di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, kempennya pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap buka sepanjang hari. 

Sehari sebelum bermulanya bulan suci ramadhan bagi umat Islam China, setidaknya 11 orang tewas dalam serangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak berkuasa China menyerang minoriti etnik, setelah polis China menembak mati dua Muslim pada Minggu lalu. 

Serangan itu terjadi kurang dari dua minggu setelah 18 orang tewas dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pihak berkuasa China. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan ditetapkan sebagai tertuduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan isteri mereka yang mengenakan telekung. 

Ibukota Xinjiang, Urumqi, merupakan adegan kekerasan yang mematikan pada Julai 2009 ketika minoriti Muslim Uighur dibuang terkait dipembatasan China di wilayah tersebut. Pada hari-hari berikutnya, massa Han marah dan turun ke jalan dan melakukan balas dendam yang membawa kekerasan etnik China terburuk dalam dekad terakhir. 

Rusuhan tersebut mengakibatkan hampir 200 orang tewas dan 1.700 orang terluka, menurut angka pemerintah. Tapi Uighur, minoriti Muslim China yang berbahasa Turki Muslim, mengatakan jumlah korban jauh lebih tinggi terutama dari komuniti mereka. Pihak berkuasa China telah menghukum sekitar 200 orang, sebagian besarnya warga Uighur, atas kerusuhan tersebut dan dijatuhi hukuman, 26 dari mereka dijatuhi hukuman mati.


P/S : Sumber di alih bahasa dari IslamicNow

Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...