* Kelihatan seorang pelanggan tua yang sedang bergembira bermaksiat*
Tak padan tua,tak ingat-ingat nak nak mengejar pahala amalan akhirat.Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kuala Lumpur; sekumpulan warga emas yang berusia hampir setengah abad yang kelihatan mengunjungi pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur.Warga-warga gatal ini hanyut dan alpa dengan gelekan alunan muzik dangdut dan belaian dari GRO muda disana.
*keratan akhbar hari ini *
GRO tersebut bukan sahaja boleh dibelai-belai malah boleh juga dibawa pulang untuk "tidur" bersama jika ditawarkan dengan sejumlah bayaran yg lumayan dan memuaskan.Tinjauan yang dibuat oleh wartawan METRO mendapati jumlah warga emas yang melawati pusat hiburan tersebut tidak seramai hari biasa berbanding hari minggu.
Lebih menyedihkan lagi,selain melayan perempuan,mereka juga kelihatan meminum minuman keras walaupun dibulan puasa.Pihak berkuasa sepatutnya mengambil langkah bijak untuk menangani masalah yang dihadapi kerana majoriti yang dilihat merupakan orang melayu sendiri yang sudah sememangnya beragama Islam.
Gejala ini sepatutnya diambil serius kerana ianya barangkali akan memberi contoh yang tidak baik kepada belia yang melihatnya sedangkan mereka ini lah sepatutnya memberi contoh yang baik supaya masalah sosial dikalangan belia juga dapat dibendung dan dielakkan dari melarat.