Friday, July 15, 2011

LG Optimus Black(P970) - Paparan Skrin Paling Terang Pernah Diperkenalkan !!




PENGENALAN :
Setiap kali handphone nipis dikeluarkan,pasti saya akan rasa teruja dan rasa ingin tahu mengenai handphone tersebut
menebal-nebal.Serupa juga bila dapat meng"review" LG Optimus Black ni yg mempunyai tahap ketebalan sebanyak 9.2 mm sahaja!!.Selain itu paparan 4 inch Super NOVA nya sahaja dah memukau dan telah mengalahkan IPS-LCD(iPhone) dan amoled yang sedia ada sekarang dengan tahap kecerahan tertinggi pernah dicipta iaitu 700 nits.(tinggikah?..sorry saya tak pandai measure ..haha)

REKA BENTUK :
Dari segi reka bentuk,kita dapat lihat dimana handset ini mempunyai tahap kenipisan yg amat tipis iaitu 9.2 mm sahaja,beratnya pula adalah 109g.Pada saya,pada tahap yg sebegitu,ianya tak terlalu ringan,dan tidak juga terlalu berat.Senang cerita,ianya sangat mudah dan selesa apabila disimpan didalam poket.Optimus Black(OB) juga akan dikeluarkan dalam warna lain selain warna hitam pada bulan hadapan(putih dan pink).









SPESIFIKASI :

Ianya dilengkapi dengan resolosi sebanyak 480 x800 untuk tahap kejelasan paparan,CPU Ti-OMAP 1GB,built-in 1GB memori dalaman,dan memori luaran sehingga 32GB,512 ram,kamera 5 mp dan kamera hadapan pula 2mp.

SENANG Cerita...jika anda masih tak mempunyai bajet nak beli Galaxy S II atau nak cuba dari lain dari yang lain,handphone ini berbaloi untuk dibeli.

HARGA = RM1,399

Tuesday, July 12, 2011

Jgn ajar anak anda begini....hehe


Tak tahu lah nak salahkan siapa dekat sini...ini yang mike kena tahu bertape pentingnya english education...Ngeh Ngeh Ngeh ~ =p

Jenayah Fesyen...STYLE!!..haha~

Haa.. sape nak tiru fesyen hiphop terkini! Hahaha.gambar ni gambar lama,baru terjumpa masa tengah sibuk-sibuk nak cari fesyen terkini.


Elegan kan?pakai kemeja tuck-in dan pegang cerek satu!! <3..wakakaka~



Usopbook..kome dah Sign-In?..haha

Berpuluh kali awok tengok interface usopbook ni,tak habis-habis tergelak sendirian.Kome dah daftar ke belum?..kalau belum moh ler ramai2...kita BAKOR Usopbook ni ramai2..kehkehkeh~

Oh !! Angry Bird !!


Mungkin ada yang pernah tengok video ni.Tapi saja Nak Share dengan penggemar Angry Birds!!



NANTIKAN MODEL TERBARU DARI SONY ERICSSON




SEMUA MACAM BEST !! NANTIKAN KEDATANGAN MEREKA DI MALAYSIA !! =)

NOKIA ORO - Bersalut Emas 18 K + Kristal ?!!



Dengan skrin sentuh AMOLED jenis capacitive beresolusi 360 x 640 pixels,Nokia Oro mampu memberikan kualiti imej yang lebih baik,tambahan ia dibekalkan dengan lensa kamera 8 Megapixel berserta rakaman video HD dengan bantuan dual LED flash.

Apa yang istimewanya Nokia Oro,selain bersalut emas seberat 18 karat dan kristal pada kerangkanya,smartphone ini juga dilengkapi dengan sarung kulit berkualiti tinggi.Selain itu,model terbaru ini menggunakkan slot microUSB untuk sambungan kabel dan 3.5mm jack headphone dengan rekaan host yang slim dan solid chassis.Peranti ini sangat berbaloi dan selesa untuk digunakan kerana rekaan curves nya sgt ringan.

Monday, July 11, 2011

NOKIA menganjurkan taman permainan Angry Bird Terbesar Di Dunia !!


Biasa tengok bukan gambar diatas? rata-rata pemilik smartphone kini boleh dikatakan WAJIB memiliki permainan comel kegemaran ramai ini,ANGRY BIRD .

REKOD DUNIA GUINESS BARU TELAH TERCIPTA !!

11 Jun 2011 -Malaysia telah berjaya mencipta satu rekod dunia baru dengan penglibatan peserta teramai didalam permainan angry bird secara bergilir-gilir.Kejayaan ini telah direalisasikan oleh NOKIA dengan menyediakan taman permainan ANGRY BIRD TERBESAR DIDUNIA diperkarangan Low Yat Plaza,Kuala Lumpur.= )

Objektif diadakan acara ini untuk menghubungkan orang ramai dan menggalakkan mereka berinteraksi antara satu sama lain,selain itu NOKIA juga dapat mempromosikan produk mereka pada masa yang sama.

Aktiviti-aktiviti yang menarik !!

- ANGRY BIRD SHOWDOWN!!
-SLING & WIN
-FACE PAINTING
-BUNGEE JUMPING

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini,anda boleh melawat laman facebook mereka di bawah :

Saya adalah Penggila Gadget !!




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Pertama kali nak buat blog tentang review gadget ni.Just panggil saya hood.Bukan Robin Hood ye..hahaha..(byk kali orang salah faham dengan nama ni.)

Untuk entry kali ni kita berkenal-kenalan sahaja dulu,but pada entry berikut saya akan memulakan tugas sebagai pengreview gadget yang tidak rasmi.Harap blog ini dapat membantu you guys dalam memilih atau mengetahui serba sedikit perkembangan dunia gadget masa kini.

Untuk berhubung dengan saya,bolehlah emailkan di hood87b@gmail.com !! =)

p/s: bajet artis nak sorok2 muka..wakakaka!!


Menarik ? Sila tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...