PENGENALAN :
Setiap kali handphone nipis dikeluarkan,pasti saya akan rasa teruja dan rasa ingin tahu mengenai handphone tersebut
menebal-nebal.Serupa juga bila dapat meng"review" LG Optimus Black ni yg mempunyai tahap ketebalan sebanyak 9.2 mm sahaja!!.Selain itu paparan 4 inch Super NOVA nya sahaja dah memukau dan telah mengalahkan IPS-LCD(iPhone) dan amoled yang sedia ada sekarang dengan tahap kecerahan tertinggi pernah dicipta iaitu 700 nits.(tinggikah?..sorry saya tak pandai measure ..haha)
REKA BENTUK :
Dari segi reka bentuk,kita dapat lihat dimana handset ini mempunyai tahap kenipisan yg amat tipis iaitu 9.2 mm sahaja,beratnya pula adalah 109g.Pada saya,pada tahap yg sebegitu,ianya tak terlalu ringan,dan tidak juga terlalu berat.Senang cerita,ianya sangat mudah dan selesa apabila disimpan didalam poket.Optimus Black(OB) juga akan dikeluarkan dalam warna lain selain warna hitam pada bulan hadapan(putih dan pink).
SPESIFIKASI :
Ianya dilengkapi dengan resolosi sebanyak 480 x800 untuk tahap kejelasan paparan,CPU Ti-OMAP 1GB,built-in 1GB memori dalaman,dan memori luaran sehingga 32GB,512 ram,kamera 5 mp dan kamera hadapan pula 2mp.
SENANG Cerita...jika anda masih tak mempunyai bajet nak beli Galaxy S II atau nak cuba dari lain dari yang lain,handphone ini berbaloi untuk dibeli.
HARGA = RM1,399